Dua Individu Pernah Kahwin 'Olok-Olok' Di Tadika Kini Betul-Betul Kahwin Selepas 20 Tahun
Kalau dah jodoh, tak ke mana.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pernah menjadi pasangan pengantin olok-olok di tadika, pasangan pengantin dari China ini berkahwin 20 tahun kemudian
Menerusi video yang dikongsi pasangan Zheng dan isterinya di Douyin, mereka berkongsi dua rakaman berbeza dengan jarak perbezaaan masa 20 tahun.
Rakaman yang ditunjukkan itu adalah video pasangan pengantin berkenaan ketika di tadika membuat persembahan sempena hari kanak-kanak sebagai pasangan pengantin.
Klip kedua pula menunjukkan pasangan tersebut berjalan di hadapan tetamu majlis perkahwinan sebenar mereka.
Image via @幼儿园夫妇 (Douyin)
Tidak mengenali antara satu sama lain semasa di tadika dan dipilih secara rawak sebagai pasangan pengantin oleh cikgu
Pasangan itu mendedahkan mereka tidak pernah jumpa sebelum ini dan bukan juga berada di dalam kelas yang sama.
"Dia berada dalam gred di atas saya. Dia lebih tinggi daripada lelaki lain pada masa itu, dan mungkin itulah sebabnya dia dipilih bersama saya untuk memainkan pasangan yang baru berkahwin dalam persembahan," kata si isteri.
Pada Oktober 2022, klip video persembahan tadika berkenaan mula tersebar dalam sebuah class group chat.
Melihat video itu, ibu Zheng menganggap ia adalah momen yang indah dan bergurau dengan anaknya dengan mencadangkan supaya cuba mencari gadis di sebelahnya.
Dengan bantuan bekas guru tadika mereka, dia berjaya menghubungi "pengantin perempuan" zaman kanak-kanaknya.
"Saya tidak pernah menjangkakan budak lelaki dan budak perempuan dari masa itu akan muncul semula dengan gaya yang sama.
"Kali ini, kami bersatu kembali dalam perkahwinan sebenar, yang membuatkan saya sedar bahawa takdir sememangnya indah," kata Zheng.
Image via @幼儿园夫妇 (Douyin)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment