Pengantin Bawa Semua Tetamu Makan Ke Suki-Ya Lepas Nikah, Simple & Tak Pernah Dibuat Orang
Style juga.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sepasang pengantin membuat satu kelainan membawa keluarga dan rakan rapat mereka ke Suki-Ya sejurus majlis nikah mereka
Menerusi video perkongsian @realy4smn di TikTok, dia dan suami dilihat baru sahaja selesai melangsungkan majlis pernikahan.
Sebaik sahaja selesai majlis tersebut, mereka dilihat membawa tetamu-tetamu majlis nikah berkenaan ke Suki-Ya, sebuah restoran makanan Jepun yang terkenal di Malaysia.
Tidak membuat tempahan dan terus sahaja walk-in selepas selesai akad nikah
Video itu mendapat maklum balas positif dari orang ramai yang mengatakan apa yang dilakukan mereka sememangnya lain daripada lain.
Menerusi pemerhatian di ruangan komen, pengantin berkenaan berkongsi bagaimana mereka terus pergi ke Suki-Ya tanpa membuat tempahan dan majlis resepsi tetap akan dilakukan juga menurutnya.
"Kitorang pergi walk-in je lepas settle akad nikah terus gi makan, memang kitorang plan nak makan sana.
"Don’t worry InsyaAllah kita akan buat juga majlis ya, thank you," tulisnya di ruangan komen.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!