Dulu Viral Sebab Ada 11 Anak, Pasangan Suami Isteri Ini Selamat Timang Cahaya Mata Ke-12
Alhamdulillah, tahniah dapat baby lagi!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasangan suami isteri, Shamsuri Shafie dan Rosnaida Ismail yang pernah tular kerana memiliki 11 orang anak kini selamat menimang cahaya mata mereka ke-12
Menurut Harian Metro, Shamsuri yang juga merupakan seorang pengamal perubatan Islam berkata, dia dan isteri dikurniakan cahaya mata lelaki namun belum memberi nama kepada bayi mereka itu.
"Alhamdulillah, perasaan sangat teruja dan bersyukur kerana Allah SWT permudahkan urusan kehamilan isteri yang tidak alami alahan sehingga dia selamat bersalin. Sebenarnya, bukan hanya saya dan isteri malah anak lain pun teruja dapat adik baru.
"Sebagai suami, saya ucapkan terima kasih kepada isteri atas pengorbanannya melahirkan cahaya mata kami. Sukar nak mencari seorang isteri yang tabah, penyayang, tenang serta bertanggungjawab sepertinya malah dia adalah tulang belakang serta penguat semangat saya," katanya.
Image via @shamsuri_safie (TikTok)
Tak tolak jika ada rezeki untuk menimang cahaya mata lagi pada masa akan datang
"Jika ada rezeki, saya nak lagi kerana anak pun anugerah Allah SWT. Anak pun pembawa rezeki dan menjadi penguat hubungan serta pengikat kasih sayang dengan isteri sepanjang 19 tahun kami berumah tangga," katanya lagi.
Image via @shamsuri_safie (TikTok)
Image via @shamsuri_safie (TikTok)
Lihat video di bawah:
MashaAllah, hebat betul isteri dia. Tahniah sekali lagi!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment