seismik

[VIDEO] Budak Tersangkut Dalam Lift Buat Orang Ramai Panik, Mujur Tiada Apa-Apa Kecederaan

Ya Allah, kesiannya adik tu.

Cover image via @its_meell21 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tiada ibu bapa yang ingin melihat anak mereka ditimpa musibah atau berada dalam situasi yang membahayakan

Akan tetapi, kadangkala kita memang tidak dapat mengelak daripada insiden yang tidak diingini seperti itu berlaku. Sekelip mata saja apa-apa pun boleh terjadi.

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini apabila seorang budak perempuan tersangkut seorang diri di dalam lif telah membuatkan ramai panik dan risau.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @its_meell21 di TikTok, difahamkan budak perempuan berkenaan tersangkut selama 30 minit di dalam lif itu.

Situasi tersebut membuatkan ramai orang panik dan turut membantu ibunya yang cuba menenangkan si anak. Namun, pihak maintenance pula tiada di tempat kejadian walaupun sudah dihubungi berkali-kali.

"Untuk mommy-mommy yg ada budak kecik, kena berhati-hati ya. Kebetulan pulak lift ni memang laju sangat tertutup. Bapak dia tak sempat nak masuk pintu dah tutup, nasib baik tersekat dengan kaki so boleh pintu dapat terbuka sikit. Kesian budaknya panik," katanya.

Lihat video itu di bawah:

@its_meell21

Untuk mommy2 yg ad budak kecik, Kne berhati2 yaa Kebetulan pulak lift ni memang laju sangt tertutup, Bapak dia x sempat nk masuk pintu dah tutup, nasib baik tersekat dgn kaki so boleh pintu dapat terbuka sikit . Sian budak nya panic

original sound - its_meEll21 - its_meEll21

Bahayanya, sepatutnya pintu lif tak boleh tutup terlalu laju. Pihak maintenance kena check balik censor supaya tak jadi lagi macam ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: