seismik

Lady Gaga Sarung Busana Rizman Ruzaini Di Las Vegas - "Tak Seksi, Tetap Sopan & Manis"

Simple dan elegan!

Cover image via @rizmanruzaini (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas Naomi Campbell, kini giliran penyanyi dan aktres Lady Gaga pula mengenakan busana khas rekaan Rizman Ruzaini semasa persembahannya di Las Vegas

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Rizman Ruzaini di akaun Instagram, Lady Gaga dilihat mengenakan busana gaun labuh berwarna merah hati sambil menyanyikan lagu popularnya, Americano.

Apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah, gaun itu dihiasi dengan ribuan batu Swarovski! Lady Gaga turut dilihat bermain piano di konsertnya itu.

Difahamkan, persembahan tersebut berlangsung di Park MGM Las Vegas sejak 19 Jun hingga 6 Julai 2024.

Terdahulu, model antarabangsa Naomi Campbell pernah memperagakan busana rekaan Rizman Ruzaini di Minggu Fesyen Dubai pada Oktober tahun lalu.

Tahniah Rizman Ruzaini, semoga terus sukses dan melakar lebih banyak sejarah lepas ini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: