Pemilik Suka Dessert Luah Rasa Sedih, Ada Peniaga 'Tiru' Nama & Produk Sama Sepertinya
Nama pun lebih kurang sama.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejak kebelakangan ini, nama restoran Suka Dessert semakin mendapat perhatian dan menjadi kegemaran ramai selepas menu baru mereka tular di TikTok
Antara menu terbaru mereka yang laku keras adalah oval cookies, bucket cookies, croissant with hot chocolate dan cake in bowl.
Bagi yang belum tahu, Suka Dessert dimiliki oleh seorang usahawan Melayu yang dikenali sebagai Auntie Ja.
Video-videonya membuat mukbang dessert sering mendapat perhatian dan membuatkan ramai terliur untuk mencuba setiap menu yang dikeluarkan oleh restorannya itu.
Walau bagaimanapun, Auntie Ja telah memuat naik satu video panjang meluahkan rasa sedih apabila ada peniaga lain cuba meniru nama Suka Dessert dan menu di kedainya itu
Difahamkan, ada peniaga menggunakan nama Sukahati Dessert dan menjual menu sebiji macam Suka Dessert.
Menurut Auntie Ja, setiap kali mereka membuat launching menu baru, tidak lama selepas itu peniaga berkenaan pun keluarkan menu yang sama.
Auntie Ja mengatakan dia tidak marah, cuma sedih sedikit kerana dia dan pekerjanya meluangkan masa yang banyak untuk perah idea demi menjadikan Suka Dessert mempunyai keunikan mereka tersendiri.
"Auntie Ja sebenarnya tak kisah, tapi tolonglah ubah sikit, jadi lain sikit. kadang-kadang jual benda yang sama macam Auntie Ja tapi hashtag Suka Dessert. Tapi bukan Suka Dessert punya," katanya.
Bukan senang nak bagi perniagaan kita dikenali dan disukai ramai. Jadi, janganlah ambil jalan mudah dengan meniru idea orang lain :(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!