seismik

Tular Gelagat Opah Cek Kebun Deroyan Guna Dron Untuk Data Management - "Udah Moden Komer!"

Comel lah opah!

Cover image via @sitimuzainahmarju (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tak suka makan durian, lebih-lebih lagi di Malaysia ini bukan?

Terasa nikmat betul bila sekali-sekala dapat makan durian kampung. Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai kebun di kampung, memang puas dapat makan berulas-ulas bila tiba musim raja buah ini.

Baru-baru ini. tular sebuah video di TikTok memaparkan gelagat seorang opah menggunakan dron untuk memantau kebun duriannya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sitimuzainahmarju (TikTok), opah itu juga mengatakan dia menggunakan dron untuk pengurusan data atau data management kebunnya memandangkan zaman sekarang sudah moden.

"Opah pegang drone, udah moden sekarang. Opah kaji kebun, data management. Kome tau dak, sekarang doyan Perak Tengah udah luruh. Kome nak doyan apa? Doyan paduka, kucing tidur, doyan kunyit? Semua ada," katanya.

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 991K tontonan di TikTok, netizen sangat terhibur melihat gelagat opah yang sempoi dan ramai yang meninggalkan komen lucu

Lihat video di bawah:

Bukan biasa-biasa opah ni, hebat!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: