seismik

Penduduk Di Sulawesi Sampai Panjat Gunung, Anggap Macam Dah Tunai Haji Di Tanah Suci

Sesat sangat dah ajaran diaorang ni.

Cover image via @SinarOnline (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman memaparkan sekumpulan penduduk di Indonesia memanjat gunung yang dianggap tradisi sebagai menunaikan ibadah haji telah mendapat perhatian warganet

Menerusi perkongsian ciapan daripada @SinarOnline, difahamkan Majlis Ulama Indonesia (MUI) menyiasat dakwaan video sekumpulan 'jemaah' melakukan ‘ibadah haji’ di Gunung Bawakaraeng, Gowa, Sulawesi Selatan.

Seorang penduduk tempatan yang dikenali sebagai Safri mendedahkan tradisi sesat turun-temurun itu kebiasaannya berlaku beberapa hari sebelum Hari Raya Aidiladha.

Image via Sinar Harian
Image via Sinar Harian

Menurut Ketua MUI Gowa, Abu Bakar Paka, pihaknya masih menyiasat kebenaran dakwaan itu.

MUI dan pemerintah setempat beberapa tahun sebelum ini pernah menutup laluan pendakian ritual tersebut kerana didapati menyimpang daripada ajaran agama Islam.

Menurutnya, mereka yang melakukan perkara itu berasal dari beberapa kampung di Sulawesi Selatan, percaya jika mereka melakukan ‘ibadah haji’ dari puncak Gunung Bawakaraeng, ia sama seperti dilakukan di Tanah Suci Makkah.

Sementara itu, warganet di laman X turut memberikan pelbagai respon selepas menonton video berkenaan

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: