seismik

Hukum Bagi Daging Korban Kepada 'Non Muslim', Boleh Atau Tidak?

Baca artikel ini sampai habis.

Cover image via Aqiqah Centre

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap tahun, umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji dan menjalankan ibadah korban

Ibadah korban bermaksud menyembelih binatang ternakan pada hari raya korban iaitu pada 10 Zulhijjah dan pada hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Waktu ibadah korban pula bermula apabila terbitnya matahari yang tinggi pada hari raya itu. Namun begitu, lebih baik jika dilewatkan sedikit sehingga matahari naik terpacak dan selepas selesainya solat hari raya.

Hukum ibadah korban ialah sunat Muakkad dan adalah makruh jika meninggalkan bagi yang mampu. Walaupun ibadah ini sunat, ia akan menjadi wajib jika dinazarkan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

Boleh ke kita beri daging korban kepada mereka yang bukan beragama Islam?

Baru-baru ini, SEISMIK ada menemu bual seorang pegawai daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan persoalan ini.

Beliau memberitahu, kalau nak diikutkan sebenarnya tidak boleh. Hal ini kerana menurut Mazhab Syafie, ibadah korban ini adalah cara kita menunjukkan ketaatan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Image via Ulamasedunia

Walau bagaimanapun, jika keadaan terdesak contohnya dalam kampung kita terdapat keluarga non muslim dan mereka memang betul-betul memerlukan bantuan, jadinya boleh saja kita nak bagi.

Tetapi, kalau kita masih rasa was-was dan mahu lebih berhati-hati, pegawai tersebut mencadangkan komuniti masjid sepakat mengumpul duit untuk beli daging siap-siap dan beri kepada orang non muslim. Yang ini memang betul-betul boleh.

Semoga persoalan ini terjawab. Jangan lupa kongsikan maklumat ini dengan keluarga dan kawan-kawan ya. Selamat Hari Raya Haji semua! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: