"Boleh Ke Daging Korban Diberi Kepada Orang Bukan Islam?" - Ini Penjelasan Mufti Perak
Take note guys.
Apakah erti sebenar Ibadah Korban?
Untuk pengetahuan anda, ibadah korban bermaksud menyembelih binatang ternakan pada hari raya korban (10 Dzulhijjah) dan pada hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) atas niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Waktu ibadah korban pula akan bermula apabila terbitnya matahari yang tinggi pada hari raya korban itu sendiri. Namun begitu, lebih baik jika dilewatkan sedikit sehingga matahari naik segalah dan selepas selesainya solat hari raya.
Hukum ibadah korban ialah Sunat Muakkad dan adalah Makruh jika meninggalkan bagi yang mampu. Walaupun ibadah ini sunat, ianya akan menjadi Wajib jika dinazarkan.
Namun begitu, persoalan yang timbul baru-baru ini di media sosial adalah mengenai isu hukum sebenar bagi pemberian daging korban kepada orang bukan Islam
Soalan yang sering menjadi tanda tanya adalah hukum apabila daging aqiqah/korban diberikan kepada orang bukan islam. Pelbagai kemusykilan yang timbul di fikiran setiap orang sama ada boleh atau tidak daging ibadah itu diberikan kepada mereka ini?
Di bawah merupakan jawapan ringkas dari Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
"Daging korban tidak seharusnya diberikan kepada yang bukan Islam" - Mufti Perak
Menurut laporan, Jabatan Mufti Negeri Perak turut menegaskan kepada umat Islam bahawa daging hasil penyembelihan dalam ibadat korban di negeri itu tidak harus diberikan kepada orang yang bukan Islam.
Kenapa?
Ini kerana ibadat korban adalah perkara ‘ta’abbudiy’ (hal ehwal ibadat) yang dihukumkan sebagai sunat muakkadah (sunat yang sangat dituntut).
“(Fatwa ini dikeluarkan) selepas mengambil kira pandangan yang mashyur (popular) dalam mazhab Syafie, pandangan ulama semasa, maslahah umum serta keperluan semasa dalam negeri ini.”
Beliau turut menambah bahawa dalam perbahasan itu, penggunaan nas dan dalil malah fakta sokongan seperti keterangan dari ulama' terdahulu serta kontemporari dan maslahah semasa turut menjadi sandaran bagi menguatkan hujah masing-masing.