“Jangan Sentuh, Batal Wuduk Si Jenazah Nanti” – Lelaki Ini Kongsi Hukum Cium Jenazah
Ini adalah kisah benar yang perlu diambil ikhtibar untuk semua.
Cover image via astroawani.comPerasaan kehilangan orang yang tersayang, lebih-lebih lagi teman hidup yang telah bersama kita selama berpuluhan tahun lamanya sesungguhnya amat perit
Image via viva.co.id
Namun begitu, kita hendaklah sentiasa reda untuk merelakan pemergian mereka. Kerana setiap manusia pasti akan kembali kepadaNya tidak kira lambat atau cepat.
Dan setiap yang pergi juga, pasti akan diberi penghormatan terakhir oleh ahli keluarga dan rakan-rakan. Waktu inilah jenazah akan dimandikan dan disolatkan sebelum dikembalikan ke dalam tanah buat selama-lamanya.
Pernah tak anda terfikir, adakah terbatal wuduk si mati apabila bersentuhan dengan ahli keluarga yang berlainan jantina?
Maklumlah, tiada siapa yang ingin melepaskan peluang memberi kucupan terakhir kepada orang tersayang sebelum mereka ditanam. Itu sudah menjadi lumrah.
Tetapi persoalannya, adakah wuduk si mati akan terbatal? Atau bagaimana?
Seorang lelaki di Twitter yang dikenali sebagai Serban Putih berkongsi tentang hukum sebenar mengenai perkara ini yang semua orang wajib tahu. Baca di bawah:
Image via Twitter @_serbanputih
Setelah selesai dimandi dan dikafankan, wajah arwah suaminya kelihatan bercahaya seperti sedang tidur
Image via Twitter @_serbanputih
"Jangan sentuh. Batal wuduk si jenazah nanti"
Image via Twitter @_serbanputih
Anak wanita itu berkata bahawa pakcik itu sudah salah faham mengenai hukum sebenar kerana hukum itu hanya buat mereka yang masih hidup
Image via Twitter @_serbanputih
Perkara ini merupakan salah faham yang wujud dikalangan masyarakat. Sebab itu anda perlu melakukan kajian tentang perkara seperti ini untuk mengelakkan kekeliruan.
Image via Twitter @_serbanputih
