Lelaki Menangis Buka 'Kotak', Isteri Hadiahkan Potret Arwah Ibu & Ayah Di Majlis Sanding
Sebaknya tengok reaksi suami dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, sebuah majlis perkahwinan seperti tidak lengkap tanpa adanya kedua ibu dan bapa kita
Ibu dan ayah adalah insan yang paling seronok jika dapat melihat anak-anak mendirikan rumah tangga. Namun begitu, siapalah kita untuk menolak takdir jika Allah SWT lebih menyayangi mereka.
Baru-baru ini, tular rakaman berdurasi 47 saat menunjukkan reaksi seorang pengantin lelaki apabila menerima kejutan hadiah hari jadi oleh isterinya telah mengundang sebak ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @fizasinhaa, kelihatan pasangan pengantin baru itu baru selesai bersanding dan difahamkan, si isteri telah membuat kejutan kepada suaminya itu.
Emcee meminta pengantin lelaki untuk membuka sebuah kotak hadiah yang diberi oleh isterinya di depan para tetamu.
Apa yang membuatkan ramai sebak adalah sebaik saja pengantin itu membuka hadiahnya, dia tidak dapat menahan air mata apabila melihat potret arwah ibu dan ayahnya.
"Hadiah ulang tahun kelahiran yang sangat menyentuh hati daripada isterinya @zeerahmat. Dia upah orang untk recreate gambar kahwin diorang dengan Ibu Ayah Faris (yang telah meninggal dunia) bersama-sama Ibu Ayah Zee. Walaupun sekadar ukiran gambar, besar nilainya bagi seorang anak yg telah merasai kehilangan orang tua. Its really not easy at all," kata kawannya.
Salam takziah dan selamat pengantin baru bang. Semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia selama-lamanya :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!