Ekoran Enggan Tulis "Happy Valentine's Day" Pada Barang, Pembeli Berang & Tularkan Penjual
Penjual terbabit terpaksa menolak permintaan gadis itu kerana ianya bertentangan dengan agama Islam.
Sambutan Hari Kekasih atau Valentine's Day tetap disambut oleh segelintir orang Islam walaupun hukumnya adalah haram
Ini kerana perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat yang mana dilarang dalam Islam.
Image via Google
Hal ini bagaimanapun tidak diendah oleh segelintir orang Islam yang merasakan bahawa mereka hanya meraikan 14 Februari sebagai hari yang bertemakan cinta yang mana ingin menunjukkan penghargaan mereka kepada orang yang dikasihi. Dan bagi mereka juga perkara itu tidak ada kena mengena dengan agama lain.
Seperti yang berlaku kepada seorang gadis ini yang ingin membeli sebuah hadiah menerusi laman Lazada kepada teman lelakinya
Ketika sedang melakukan proses pembelian hadiah tersebut, gadis itu meminta agar penjual barang tersebut untuk menyertakan sekali ucapan Hari Kekasih dalam hadiahnya itu.
Walau bagaimanapun, penjual terbabit terpaksa menolak permintaan gadis itu kerana ianya bertentangan dengan agama Islam.
Oleh kerana berang permintaannya ditolak, gadis itu bukan sahaja membatalkan pembeliannya bahkan mula menularkan respon penjual berkenaan dalam laman Twitter.
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Ekoran tularnya tweet itu, rata-rata netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan gadis itu yang dianggap keterlaluan
Hanya kerana penjual itu merasakan ia melanggar kepercayaannya dan tidak mahu bersubahat, maka tidak perlulah sehingga menularkannya.
Gadis itu bukan sahaja tidak boleh menerima teguran, tetapi dia juga bersikap kebudak-budakan dengan mendoakan yang tidak elok kepada penjual terbabit. Alasannya, laman Lazada merupakan tempat jual beli, bukan tempat berdakwah.
Image via Twitter
Image via Twitter
Antara komen-komen netizen terhadap tindakan gadis itu:
Sudah menjadi adat, apabila ada yang menentang, pasti akan ada juga yang menyokong
Pendapat peribadi penulis, nak sambut Valentine's Day, ikut sukalah. Tapi janganlah marah bila ada orang yang tidak mahu sambut (atau subahat).
Penjual itu berhak untuk menolak kerana ianya bertentangan dengan kepercayaannya dan mahukan perniagaannya sentiada diredhai Allah SWT.
Penjual itu pun sudah tegur secara baik dan secara peribadi. Maka tidak perlu sehingga menularkannya.
Memang beginikah dunia sekarang?
Menyambut Valentine's Day dalam kalangan orang Islam itu dianggap normal, manakala menasihati pula dianggap salah?
Apa komen anda?
Bagusnya inisiatif universiti di Pakistan ini!
Leave a comment