Hari Kekasih Versi Islamik, Begini Cara Sebuah Universiti Di Pakistan Sambut 14 Februari

Universiti Pertanian di Faisalabad mengubah sambutan Hari Kekasih kepada Sister's Day.

Hari Kekasih yang juga digelar sebagai Valentine‘s Day disambut pada 14 Februari setiap tahun

Ia merupakan antara sambutan yang dinanti-nantikan kebanyakan remaja lebih-lebih lagi pasangan kekasih bagi menyatakan rasa kasih sayang antara satu sama lain.

Hari Kekasih disambut dengan pelbagai cara dan acara bermula dengan kiriman kad dan bunga, temujanji makan dan lain lagi aktiviti.

Image via Google

Bagaimanapun, kemeriahan tidaklah sehebat masyarakat Barat atau sambutan pasangan kekasih bukan Islam, kerana Islam tetap mengharamkan sambutannya.

Namun begitu, masih terdapat pasangan kekasih beragama Islam yang memilih untuk menyambutnya walaupun fatwa telah pun menyatakan bahawa hukum sambutan Hari Kekasih adalah haram.

Berbeza pula dengan sebuah universiti di negara Pakistan yang menyambut Sister's Day pada 14 Februari untuk mempromosikan "tradisi Islam", menurut naib canselor universiti tersebut

Universiti Pertanian di Faisalabad.

Image via NDTV

Bersempena dengan Sister's Day, pelajar wanita akan dihadiahkan tudung dan selendang juga sepasang jubah seperti yang diputuskan oleh Naib Canselor, Zafar Iqbal Randhawa dari Universiti Pertanian di Faisalabad, menurut laporan Dawn News.

Perubahan ini adalah selari dengan hasrat untuk menggalakkan tradisi Islam dan budaya ketimuran dalam kalangan pelajar.

Pada tahun 2017, Pakistan telah melarang sambutan Hari Kekasih secara terbuka oleh rakyatnya

Bahkan, sebarang laporan media mengenainya adalah tidak dibenarkan kerana sambutan hari itu dianggap sebagai bukan budaya Islam.

Image via News 18

"Dalam budaya kita, wanita selayaknya mendapat penghormatan yang wajar dan mereka harus dilihat dan dihormati sebagai adik-beradik, ibu, anak perempuan dan isteri," kata Zafar Iqbal di laman web institusi itu.

"Kita semakin melupakan budaya sendiri manakala budaya barat pula sedang bercambah dalam masyarakat," katanya.

Malah menurutnya, sambutan Sister's Day adalah bertujuan bagi mengangkat martabat dan kehormatan kaum hawa.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang mengkritik idea universiti tersebut untuk mengubah sambutan Hari Kekasih

Bantahan itu disuarakan kerana mereka berpendapat bahawa terdapat banyak lagi hak wanita yang perlu diperbaiki di negara itu berbanding melakukan sambutan Sister's Day sahaja, seperti yang dilaporkan Independent UK.

Image via NPR

Apa-apa pun, langkah ini dilihat sebagai sesuatu yang positif, malah ia juga mampu menggalakkan orang ramai untuk melupakan hasrat menyambut Hari Kekasih pada tarikh tersebut.

Alhamdulillah. Kami tabik inisiatif universiti di Pakistan ini!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment