seismik

3 Hari Kenal Terus Lamar, Kisah Cinta Pasangan ‘PJJ Antara Benua’ Ini Memang Sweet Sangat

Azim dan Hafiza berhubungan secara jarak jauh selama 10 bulan sebelum menjadi suami isteri kepada satu sama lain.

Cover image via Facebook Jeroong Wia

Ungkapan “bercinta selepas nikah” sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita

Image via Anax Kolonx.

Manakan tidak, kita sering disajikan dengan drama-drama Melayu yang menekankan konsep ini di kaca televisyen.

Pengarah drama dan penulis novel tidak mahu ketinggalan menghasilkan karya-karya cinta seperti kahwin terpaksa, kahwin kerana pilihan ibu bapa yang kemudian akan bertukar menjadi sebuah cinta yang bahagia.

Ini menyebabkan anak-anak muda jadi terpengaruh dan mula pasang niat mahu kahwin dahulu kemudian baru bercinta. InshaAllah, dengan niat yang dilafazkan untuk tujuan yang baik pasti akan dipermudahkan jalannya oleh Allah SWT. 

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Jeroong Wia telah berkongsikan kisah romantisnya yang memilih untuk memperisterikan seorang gadis yang hanya dikenali dalam tempoh 10 bulan

Baca perkongsian penuh di bawah:

Bercinta selepas berkahwin dan selamat tinggal isteri.

Perkenalan kami 10 bulan yang lepas. Sewaktu itu aku masih berkeliaran di Thailand tanpa hala tuju. Sewaktu dalam perjalanan bus menuju ke Koh Samui dari Chiang Mai, isteri kepada rakanku memberitahu ada seorang rakan sekerjanya yang sukakan baca pengalaman dan tips yang aku tulis, dan selalu "follow" tentang kisah aku di Facebook.


"Aku rasa member aku tu minat kat mu. Dia pon misi gak macam aku. Kerja lain department di Hospital Kota Bharu." Yeen Bong memberitahu aku tentang si gadis itu.

Tiba sahaja di rumah di Kelantan, aku terus membuka profile si gadis tersebut. "Gadis Traveller" nama nya di profile pada waktu itu. Ternyata gadis ini gemar mengembara jua.

Lalu segera aku menambah menjadi rakan dan mendapat message pertama dari dia mengucapkan terima kasih kerana sudi add.

Dan dari situ lah perkenalan kami. Kami berbalas message sehari atau dua hari (aku jenis yang tak suka main text jadi reply sikit-sikit sahaja).

Perbualan pertama kali kami di facebook messanger

Image via Facebook Jeroong Wia

Messanger text Facebook

Image via Facebook Jeroong Wia

Selepas hari kedua atau ketiga berbalas text, aku terus minta nombor phone si gadis traveller itu. Sejurus dapat sahaja number si gadis itu, aku terus whatsapp menyatakan tujuan sebenar aku.

Aku serius ingin menjadikan si gadis ini sebagai zaujah hidup aku. Dan apa yang mengejutkan adalah balasan text itu "datang lah ke rumah jika benar ingin menghalalkan saya."

Langkah besar Azim.

Image via Facebook Jeroong Wia

Jawapan Hafiza

Image via Facebook Jeroong Wia

Mendapatkan keberkatan.

Image via Facebook Jeroong Wia

Jatuh jantung. Gugup. Aku terus menyatakan hasrat ini kepada orang tua ku.

"Ma, abe nak kawin. Jom pegi rumah dia untuk mengenal."

"Siapa?" Tanya mama ku kebingungan. 

"Abe pon tak kenal. Jom lah esok. Nanti malam nie abe bagitau abah."

Perkenalan diri.

Image via Facebook Jeroong Wia

Urusan mengenal.

Image via Facebook Jeroong Wia

Perasaan Gugup. Takut. Gusar

Image via Facebook Jeroong Wia

"The right person will came on the right time."

Image via Facebook Jeroong Wia

Maka esok aku bertandang ke rumahnya yang terletak di Tumpat, Kelantan. Persetujuan dari dua pihak dan selepas dua hari kami terus bertunang. Keesokan harinya aku ke Sabah seketika dan terus ke New Zealand selama beberapa bulan.

Dan tunang aku pada ketika itu dalam persediaan ke Saudi. Seminggu selepas aku di New Zealand, tunang aku terbang ke saudi bagi memulakan tugasnya sebagai Ketua Jururawat di Hospital Saudi.

Maka PJJ kami berlangsung selama 10 bulan sehinggalah satu tarikh diputuskan untuk majlis pernikahan.

Alhamdulillah, kami telah dihijabkabulkan dan sah sebagai suami isteri.

Seminggu selepas majlis kahwin, aku dan isteri terus terbang ke Turkey bagi kembara honeymoon. Segalanya aku buat seperti cara aku dahulu kecuali penginapan. Naik bus, turun bus, bagpack digalas 15 kg dibelakang. Berjalan ke sana sini.

Dan kembara honeymoon kami merentasi 6 negara di Balkan berjalan lancar walau agak penat. Sejurus pulang ke Malaysia, masa berbaki 3 hari lagi untuk isteriku terbang ke Saudi bagi menyambung tugasannya.

Hari ini, mata aku terkebil-kebil melihat susuk isteri mengalir air mata di airport meninggalkan suami. Semoga suatu hari nanti kita kan bersama di sana.

Melangkah kaki meneruskan tugas ke Saudi.

Image via Facebook Jeroong Wia

Aku bekerja di Jepun sekarang dalam bidang pelancongan dan isteri di Saudi sebagai jururawat. Ternyata inilah PJJ ANTARA BENUA yang terpaksa kami tempuhi.

Kembara honeymoon kami adalah proses bercinta dan mengenali diri antara satu sama lain. Adakah itu dinamakan bercinta selepas berkahwin? Semoga hubungan kami kekal hingga ke jannah.

P/S: segala screenshot perbualan perkenalan pertama aku boleh dilihat di photo. Dan apa yang aku tulis ini adalah benar segalanya bagi tatapan anak cucu kelak bagaimana ayah dan ibunya bertemu. Segalanya adalah jodoh dan takdir.

Our picture before she's fly to Saudi.

Image via Facebook Jeroong Wia

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Namun begitu, tidak semua yang bernasib baik dalam bercinta selepas nikah

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: