seismik

"Cinta Selepas Nikah" Tak Selalunya Indah. Isteri Tangkap Suami Tiduri Lelaki Lain!

Jodoh merupakan perkara yang tidak diduga kerana ia merupakan perancangan Allah SWT yang tidak diketahui oleh hambaNya.

Cover image via Google

Kalau zaman dulu-dulu, istilah 'bercinta selepas bernikah' adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi apabila ibu bapa yang mengurus dan menjodohkan anak mereka dengan pasangan yang dipilih, bukannya menerusi hubungan cinta

Image via Sinar Viral

Memang benar, mana-mana hubungan yang melibatkan lelaki dan wanita bukan mahram perlulah mempunyai batasan serta diikat dengan ikatan rasmi terlebih dahulu jika ingin melangkaui batasan yang ditetapkan.

Budaya tersebut bukanlah janggal lebih-lebih lagi dalam masyarakat kita, malah ianya merupakan trend drama masa kini yang mana sering memaparkan situasi bahawa kahwin secara terpaksa atau mengikut pilihan ibu bapa itu pasti akan berakhir dengan kebahagiaan biarpun pada mulanya penuh dengan perasaan tidak suka, benci serta marah.

Image via Baitul Jannah

Namun begitu, realitinya tidak semua perkahwinan berakhir dengan kebahagiaan, baik yang bernikah dahulu sebelum bercinta, mahupun yang bercinta dahulu sebelum bernikah

Harus diingat bahawa jodoh merupakan perkara yang tidak diduga kerana ia merupakan perancangan Allah SWT yang tidak diketahui oleh hambaNya.

Seorang pengguna Twitter, @ayuazizz telah berkongsikan satu kisah tragis tentang kenalannya yang bernikah dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya atas desakan keluarga.

Baca perkongsian penuh di bawah:

So ceritanya macam ni, kawan aku nama Aini. Dia ni anak yang solehah lah senang kata. Anak bongsu dalam adik beradik.

Waktu Aini ni umur 20 tahun, dalam process nak habiskan sekolah, ada mak orang berkenan dengan Aini ni. Aini memang single. Dia sejenis tak percaya lah cintan-cintun ni. Pada dia buang masa. So, dia minta parent dia carikan atau terima jelah sesiapa yang minat dia ni.

Pendekkan cerita, satu hari tu, parent dia bawa Aini pergi wedding kawan parent dia.

Adalah kawan parent dia ni berkenan sangat dengan Aini. Ditanya tanya Aini ni soalan itu ini. Aini jawab lemah lembut sopan santun. Dikenalkan anak mereka, namanya Mirul. Aini dengan Mirul pun berbual macam biasa dengan soalan-soalan biasa.

Selang seminggu, parents Mirul ni datang rumah Aini, tapi waktu tu Aini dah masuk kolej semula. Dia takde lah waktu tu ceritanya. Parents Aini pula rasa excited, rasa terkejut dengan parents Mirul yang tetiba datang ni.

Parents Mirul beritahu hajat datang ke rumah Aini bahawa mereka berniat nak meminang Aini untuk anaknya Mirul. Mirul pula study juga tapi degree. Lagi beberapa sem dah nak habis. Dia study pula dekat UIA. Muka soleh habis.

Jadi parents Aini ni memang dah berkenan dengan Mirul yang InshaAllah ada masa depan, yang backgroundnya ada basic agama. Tanpa pengetahuan Aini, parents Aini terima.

Habis dah bincang benda basic bila boleh sarung cincin merisik apa semua, barulah parents Aini call Aini. Minta Aini balik lagi minggu tu sebab nak bincang ‘hal serious’. Aini pula anak yang mendengar kata, balik ke kampung.

Sampai je kampung, parents Aini ni bawalah Aini makan tempat best best dulu. Belanja Aini itu ini. Bila tiba di rumah, parents Aini panggil Aini duduk di ruangtamu bersama. Aini pula waktu tu dah rasa sesuatu tapi follow jelah kan.

Ayah Aini buka mulut, "Dik, ayah rasa adik dah ready lah untuk kahwin." Aini terbuntang biji mata terkejut lah bapak dia cakap macam tu kan. Macam tak percaya!

Lepastu mak Aini pula bersuara, "Adik ingat lagi tak dekat Mirul?" 
Aini angguk.

Mak Aini pun sambung bicara, "Mak dan ayah sebenarnya dah terima Mirul masuk minang haritu. Tapi kalau Aini tak setuju, mak boleh cakap dengan family Mirul tu, cuma kita malu sikit lah Aini." Aini speechless.


Aini mula bersuara, "Mak rasa, itu terbaik ke untuk Aini?" Mak Aini senyum. Usap kepala Aini, "InshaAllah itu yang terbaik." So malam tu Aini setuju dalam rasa yang masih terkejut. Bukan berbelah bahagi tapi cuma rasa terkejut semata.

Aini dan Mirul pun bertunang selama 3 bulan. Selama 3 bulan tunang tu, Aini dengan Mirul contact sesekali je through WhatsApp dan call.

Aini husnudzon jelah fikir yang Mirul tu nak jaga batasan sebelum sah nikah. Aini sesekali je cari Mirul. Mirul pula, dia takkan contact Aini dulu.

Sampailah finally kahwin. Semuanya selesai secara baik dan penuh warna ceria.

Sebulan kahwin, Aini dan Mirul dimurahkan rezeki pregnant. Dan sejak Aini pregnant tu lah Mirul mula jadi panas baran.


Bila Aini mabuk muntah-muntah, Mirul maki hamun dia menyusahkan Mirul malam malam nak kena bangun ambilkan mangkuk untuk muntah. Barang kena baling dah tak terkira. Aini pula setiap malam berteman airmata je.

Bila dekat depan parents Aini dan Mirul, Mirul memang jadi seorang lelaki yang soleh habis. Kalau solat jemaah, Mirul lah yang imamkan seluruh family. Tapi bila dengan Aini je, perangai dia jadi macam tu. Aini pernah tanya kenapa buat semua ni dekat dia? Apa salah dia?

Mirul jawab, "Aku ni sebenarnya taknak pun kahwin dengan kau. Aku terpaksa je! Sebab kena dengar cakap mak bapak aku."  Aini menangis waktu dengar Mirul cakap macam tu. Ditanya, "Awak ada orang lain ke?" Mirul tak jawab.

Dicuba juga pertahankan. Aini pikat hati Mirul pakai seksi seksi, masakkan sedap sedap, tapi Mirul tetap maki hamun dia. Ada je benda tak kena dekat mata dia.

Aini pula dah nak masuk practical waktu tu.
So diorang tak dapat duduk serumah sepanjang Aini practical sebab tak dapat tempat yang dekat dengan rumah.

waktu ni diorang duduk rumah sewa murah murah.


So waktu Aini practical, minggu kedua ada public holiday. Aini tak plan apa apa last minute balik. Aini belikan Mirul hadiah siap siap nak buatkan suprise. Dengan perut dah mula membesar waktu tu, Aini drive jauh jauh balik terus ke rumah.

Aini nampak kereta Mirul luar rumah. 
Senyum lebar lah Aini tengok kereta Mirul. Dia pun masuk perlahan lahan sebab nak suprisekan Mirul. Dicari cari tempat semua tak ada. Aini buka pintu bilik perlahan lahan.

Lepastu?

Jadi apa?

Teka lah!

Ye. Betul tu! Betul sangat.

TAPI dengan lelaki lain!

Mirul, husband dia sendiri tengah tidur berpelukan dengan lelaki lain atas katil mereka dalam keadaan bogel tak ada seutas benang pun.

Aini terus meraung, “Allahuakbar! Ya Allah! Dugaan apa lagi Kau beri ni ya Allahhhhh?”

Mirul terkejut lah dengar. Terus berdiri dengan lelaki lagi sorang tu. Masing masing cover diri yang tengah berbogel tu. 
Aini ni punya sakit sampai terduduk pegang perut dia. Meraung raung sebut Allahuakhbar kuat-kuat.

Lelaki lagi sorang tu cepat cepat capai baju dia terus keluar pintu bilik tu. Mirul pula terus pakai apa yang patut. 
Mirul terus pergi dekat Aini peluk Aini nak tenangkan Aini. Aini ni pula hati dah hancur. Pecah. Dibiarkan je apa Mirul nak buat. Dia dah tak mampu. Dia dah longlai. Muka dia penuh airmata. Basah!

Aini tanya, "Apa salah saya dekat awak sampai macam ni awak buat dekat saya?Apa salah saya?" Mirul menangis dengar Aini tanya macam tu dengan suara paling sayu. Aini tak marah, tapi kecewa. Terluah dengan suara dia. Mirul pegang tangan Aini, Mirul minta maaf banyak banyak pada Aini.

Mirul terangkan. Sebenarnya, parents Mirul tahu Mirul ada masalah suka pada kaum sejenis. Sebab tu parents Mirul keep him on track. Dihantar Mirul ke sekolah agama semua. 
Mirul taknak kecewakan parents dia. Mirul berlakon Mirul dah berubah. Tapi sebenarnya, Mirul bercinta dengan lelaki dan ada hubungan seks pun dengan lelaki yang dia bercinta. Daripada zaman dia diploma tahun pertama.

Aini meraung makin kuat, "Sakit Mirul. Sakit! Aini sayang Mirul sepenuh hati. Aini cintakan Mirul ikhlas. Mirul buat macam macam dekat Aini, Aini terima sebab Aini cintakan Mirul. Tapi kenapa Mirul tak jujur dengan Aini waktu kita tunang?"

"Mirul tak sanggup lukakan hati parents Mirul," jawab Mirul. Aini menangis lagi. Dipegang perutnya. Diambil tangan Mirul perlahan lahan letak dekat perut Aini, "Sayang, awak sayang anak kita tak?" Mirul menangis, "Sayang. Saya sayang awak juga sebenarnya." 

Airmata Aini makin laju, "Jangan cakap sayang saya. Saya taknak dengar. Tapi awak sayang anak kita tak?"  Mirul angguk.


"Tolong ceraikan saya dengan baik Mirul? Kita besarkan anak ni sama sama. Tapi saya nak bercerai. Boleh?"

Mirul pula meraung. Dipeluk Aini kuat kuat. Aini cuma tadah. Redha. Hati Aini waktu tu dah terlalu hancur. Sampaikan dia dah tak tahu nak rasa apa.

Aini minta izin Mirul untuk keluar rumah beberapa hari tenangkan fikiran. Mirul hormat dan hantarkan Aini balik ke kampung. Aini balik kampung dan anggap semuanya baik baik. Bila ditanya kenapa Mirul tak ikut balik, Aini jawab Mirul ada assignment.  Setiap malam Aini merintih atas sejadah. Menangis tak berhenti. Minta petunjuk.

Cukup 4 hari, Aini balik semula ke rumah. Practical tu Aini minta emergency leave seminggu. Sampai je rumah. Mirul dan Aini berbincang. Mirul bersetuju ceraikan Aini dengan syarat Aini tak ceritakan atas asbab apa mereka bercerai. Aini setuju.

Semua perbelanjaan tentang anak ditanggung sepenuhnya oleh Mirul. Mereka kumpulkan parents mereka dan beritahu mereka mahukan penceraian. Parents diorang menangis meraung raung terkejut kenapa sampai nak cerai semua.

Mirul cakap salah dia. Dia pukul pukul Aini. Tak tahan sabar dengan karenah Aini ketika mengandung. Adalah adegan sikit blablabla.

Akhirnya semua bersetuju dan bercerai secara baik. Naik mahkamah dan lafaz cerai.

Tapi. Tak bercerai waktu tu. Mereka bercerai selepas Aini bersalin. Cuma sepanjang nak menunggu Aini bersalin tu, memang mereka tak duduk sebumbung. Sampailah Aini bersalin, Mirul temankan dalam LR.

Waktu Mirul laungkan azan untuk anak dia, memang sedih gila. Mirul pun menangis. Family semua menangis. Tahu lepasni diorang nak cerai.

Dan lepas habis pantang 44 hari, diorang naik mahkamah lafaz cerai. Sekarang, Aini dan Mirul tu kawan baik.

Mirul pula dalam process untuk ubah nafsu dia. Sebab dia bukan 100% bernafsu pada kaum sejenis sahaja. Tetapi dia masih juga bernafsu dengan kaum lain. Jadi percentage untuk dia pulih tu tinggi.


Aini pula, sentiasa support Mirul dalam perubahan semua. Aini sebenarnya sanggup tunggu Mirul berubah. Cuma Aini takut nak jadi isteri dia, takut terkena AiDS. Yelah, kalau dah seks lalu tempat tak sepatutnya kan.

Anak mereka dah 3 tahun dah. Aini masih single. Mirul masih struggle. Semoga ada ending yang baik buat mereka. Dan buat kita semua, ambillah masa berapa lama pun untuk kenal sehabis baik pasangan kita tu. Zaman sekarang dah tak macam dulu.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: