seismik

#LundangToNewcastle: Kisah 'Sweet' Cinta Beribu Batu Jejaka London Dengan Gadis Kelate

Jarak tidak menghalang dua anak muda ini menjalinkan cinta. Seorang di London, seorang lagi di Kota Bharu, namun cinta mereka tetap utuh.

Cover image via Instagram @malaysiaairlines

Cinta tidak mengenal ruang, dan waktu. Itulah yang cuba disampaikan melalui video berjudul Lundang To Newcastle ini.

Image via youtube.com

Mengisahkan tentang pasangan yang sedang dilamun cinta, Aadil Marzani dan Nik Athirah, mereka membuktikan bahawa cinta juga tidak mengenal jarak atau kilometer

Image via youtube.com

Klip video 8 minit ini menunjukkan senario apa yang akan dua anak muda yang sedang jatuh cinta antara satu sama lain lakukan apabila mereka terpisah jauh beribu batu? Cinta jarak jauh memang sukar, hanya cinta sejati yang dapat menempuhinya.

Aadil yang menetap di London telah jatuh hati dengan seorang gadis dari Kota Bharu, Kelantan. Dan dari situlah tercetusnya idea untuk tajuk video ini.

Image via youtube.com

Lundang to Newcastle: Newcastle jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu akan menjadi Kota Bharu. Manakala Lundang pula ialah dialek yang digunakan orang Kelantan bagi kota London. Maka terbentuklah tajuknya.

Menariknya, video ini dirakam tanpa sebarang skrip. Segala dialog yang diutarakan Aadil, rakan karib Aadil, ibu bapa Aadil, dan ibu bapa Athirah adalah spontan.

Image via youtube.com

Lebih menarik lagi, simbolik bumblebee yang ditonjolkan dalam video ini lebih menambahkan kemanisan dalam jalan cerita percintaan mereka berdua

Image via youtube.com

Setiap kali Aadil melihat sesuatu yang dia mahu kongsikan kepada Athirah, dia ambil gambar bersama bumblebee, kemudian hantarkannya - dan Athirah juga melakukan perkara yang sama. Ini adalah cara mereka berdua menyampaikan mesej i wish you were here kepada satu sama lain.

Diterbitkan oleh Malaysia Airlines, video ini adalah sebahagian daripada kempen untuk meraikan laluan MAS antara London dan Kuala Lumpur sejak 1 Julai, 1974

Click to Reveal
Hide
Image from youtube.com
Image via youtube.com

MAS terbang tanpa henti dua kali setiap hari dari Kuala Lumpur ke London menggunakan pesawat A380.

Disebalik dua peristiwa tragik yang berlaku pada tahun lepas kepada MAS, video ini dihasilkan bagi menyampaikan peringatan bahawa tidak kira apa pun berlaku, home is where the heart is, dan itu adalah Malaysia Airlines

Click to Reveal
Hide
Image from youtube.com
Image via youtube.com

Home, is not a place, it is a feeling. Itulah mesej yang cuba disampaikan MAS. Video ini ternyata mendapat perhatian ramai apabila berjaya mengumpul sebanyak 1 juta tontonan dalam masa seminggu. VIDEO PENUH:

BONUS: Pasangan Aadil dan Athirah bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Ogos ini. Semoga segalanya berjalan lancar.

Image via womensweekly.my

Mungkin inilah yang sedang terjadi pada mereka berdua sekarang:

You may be interested in: