Elak Status Vaksin Batal, Rakyat Malaysia Diminta Hadir Ambil Dos Penggalak Sebelum 1 Mac
Terdapat lebih kurang 32 peratus atau 1 juta warga emas yang masih belum mengambil dos penggalak.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel
menarik di SAYS Seismik.
Penduduk berusia berusia 60 tahun dan ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022
Image via Utusan Malaysia
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, susulan itu, golongan itu diminta untuk hadir segera bagi mendapatkan dos penggalak secara walk-in di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran.
“Dos penggalak memberi perlindungan daripada jangkitan Covid-19 terutama sekali komplikasi teruk.
“Data harian menunjukkan individu yang belum divaksin adalah 9 kali lebih berkemungkinan untuk dijangkiti dan 62 kali lebih berkemungkinan maut berbanding individu yang telah lengkap vaksin atau telah mengambil dos penggalak,” katanya.
Terdapat lebih kurang 32 peratus atau 1 juta warga emas yang masih belum mengambil dos penggalak
Image via REUTERS via Selangor Journal
Dalam pada itu, kes harian Covid-19 di negara ini terus merekodkan trend peningkatan apabila mencatatkan sebanyak 11,034 kes hari ini (7 Februari 2022) berbanding 10,089 semalam sekali gus menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 2,925,254.
Sebelum ini, KKM menjangkakan kes harian Covid-19 boleh mencecah sehingga 22,000 sehari menjelang akhir Mac ini sekiranya bacaan kadar kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (Ro) kekal 1.2 hingga hujung bulan depan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment