"Kena Sidai Dalam Hujan" - Rider Ini Sampai Terpaksa Panjat Pagar Serahkan Barang Customer
Tak baik buat rider kita macam ini.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika kita dapat lihat sekarang, pelbagai aplikasi penghantaran barang yang boleh kita pilih dan terus dihantar depan rumah
Tetapi, bagi penghantar barang atau rider, kerja ini sedikit berisiko kerana mereka perlu berdepan dengan pelbagai situasi untuk memastikan barangan itu sampai kepada pelanggan.
Sama seperti yang terjadi kepada seorang rider ini yang terpaksa memanjat pagar rumah pelanggannya bagi mengelakkan bungkusan yang dihantar hilang jika dibiarkan di atas tembok pagar.
Lihat video penuh itu di bawah:
Rider kena 'sidai' dalam hujan, tunggu sampai 30 minit customer tak keluar
Menerusi perkongsian video oleh @amriofficiall di TikTok, dia memaklumkan pekerja tersebut telah menunggu hampir 30 minit di luar pagar sambil memanggil pelanggan di dalam rumah, namun tuan rumah masih tidak munculkan diri.
Kemudian, lelaki itu meletakkan bungkusan yang dihantar di atas tembok pagar sebelum bertindak memasuki kawasan rumah agar barang tersebut diletakkan di tempat yang lebih selamat.
Menurut pemilik rakaman tersebut, dia memberitahu bahawa tuan empunya barang ada di dalam rumah ketika lelaki itu datang, tetapi tidak menyedari kehadirannya.
"Aku tak boleh bayang itu adalah ayah aku, kesian doh" - Netizen
Sementara itu, rata-rata netizen memuji kegigihan rider berkenaan dan menasihatkan orang ramai agar lebih peka sekiranya barangan yang dibeli secara dalam talian telah siap untuk dihantar ke rumah.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih lebih 1.1M views, 146.5K likes dan 1827 comments di TikTok.
Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!