seismik

[VIDEO] Gelagat Si Isteri Bila Tegur Suami Dah Makin ‘Berisi’ Ini Buat Ramai Boleh Relate

"I feel you my brother" - Netizen.

Cover image via

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti anda sering melihat gelagat pasangan suami isteri yang bermacam ragam di media sosial bukan?

Ada kalanya menghiburkan dan ada juga yang berkongsi kisah sweet mereka melalui pelbagai aplikasi popular.

Namun lain pula video yang tular di TikTok ini yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna di Facebook, apabila gelagat si isteri menegur fizikal suami ketika makan di sebuah restoran yang tidak ketahui lokasinya.

Isteri selalu makan tak habis, tapi si suami pula yang kena tolong habiskan makanan

Menerusi video yang berdurasi 54 saat itu, kelihatan pasangan suami isteri sedang keluar dating dan singgah makan di sebuah restoran.

Pada awal video tersebut, si isteri ada menanyakan soalan kepada suaminya “Kenapa saya tengok abang macam dah gemuk sikit eh sekarang?”

Suaminya terdiam ketika sedang menyuapkan makanan ke dalam mulutnya, namun terdapat beberapa babak atau kejadian flashback di mana si isteri meminta suaminya menghabiskan portion makanan yang tidak habis.

Si suami akur dan hanya menurut permintaan isterinya kerana tidak mahu makanan itu dibazirkan. Oleh disebabkan itu, mungkin kerana selalu perlu habiskan makanan isterinya, terdapat perubahan terhadap tubuh badannya.

Tonton video penuh itu di bawah:

@sarel206 Hangpa nak tau sebab apa aku makin tembun? Ntahlah, aku pon taktau #joke #laugh #lawak #lakibini @missd0112 original sound - Sharrel Baharum

"Salah satu pengorbanan suami demi rezeki yang tak mahu dibazirkan" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian rakaman video berkenaan telah pun meraih lebih 137K tontonan dan lebih 8K tanda suka di TikTok.

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut.

Malah, tidak kurang juga ada yang berkongsikan situasi berkenaan sepertinya boleh relate dengan pengalaman peribadi masing-masing.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen di TikTok:

Apa pun, respect dengan brother ini dia tak nak pembaziran makanan berlaku. Done backup! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: