seismik

"Kategori Tontonan 18" - Filem Aksi Thriller 'The Assistant' Bakal Ditayangkan 10 Mac Ini

Filem aksi blokbuster tempatan pertama yang ditayangkan sejak pembukaan semula panggung wayang.

Cover image via @act2pictures (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sony Pictures Entertainment Malaysia dengan bangganya akan mempersembahkan filem tempatan baru hasil kolaborasi bersama Act 2 Pictures, 'The Assistant'

Ditulis, diarahkan dan dihasilkan oleh anak seni tersohor yang pernah menggemparkan layar perak negara menerusi filem Paskal, Adrian Teh, karya ini dijangka menjadi filem aksi blokbuster tempatan pertama yang ditayangkan sejak pembukaan semula panggung wayang.

Karya ini juga secara tidak langsung merupakan hasil gabungan pertama Act 2 Pictures dengan studio Hollywood.

Filem aksi thriller ini menceritakan tentang Zafik (lakonan ledil Dzuhrie) lelaki yang terpaksa meringkuk di dalam penjara atas kesalahan yang bukan dilakukannya.

Selepas hilang segalanya, dia bertemu Feroz (Hairul Azreen) yang sering muncul pada waktu "tepat". Adakah Zafik berjaya merungkai motif sebenar Feroz? Filem ini juga menampilkan bintang Henley Hii sebagai Sam dan Farali Khan sebagai Sofia.

Buat julung kalinya, logo Sony Pictures 'terpampang' dan ditayangkan dalam permulaan trailer filem tempatan

"Kami adalah peminat hasil karya Adrian dan amat berbangga untuk membawakan sebuah filem penuh aksi ini kepada peminat genre ini di seluruh Malaysia. Kami menghargai peranan yang dimainkan oleh penggiat filem tempatan dalam memperhebatkan industri kita, untuk memulakan satu perbualan baru yang mengangkat kedudukan karya dan kami berharap penonton menjadi sebahagian daripada semangat ini," kata Simon Foo, Pengarah Urusan Sony Pictures Entertainment Malaysia.

"'The Assistant' adalah contoh bagaimana seharusnya sesebuah filem tempatan yang baik dihasilkan, tanpa rasa sangsi saya katakan filem ini adalah filem wajib tonton kepada mereka yang gemarkan genre thriller dengan jalan cerita menarik, penuh aksi tanpa membuat penonton ternanti-nanti," tambahnya.

The Assistant adalah kolaborasi kelima antara Adrian Teh dan Hairul Azreen, membabitkan filem Paskal (2018), Wira (2019), Pasal Kau (2020) dan Ada Hantu (2021). 

The Assistant akan ditayangkan di pawagam berhampiran anda bermula 10 Mac 2022.

Tonton trailer rasmi pertama filem 'The Assistant' di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: