seismik

"Mirip Wajah Aliff Syukri" - Pemain Bola Turki Ini Dihujani Ribuan Komen Netizen Malaysia

Rakyat Malaysia kalau komen memang tak pernah mengecewakan.

Cover image via Turkish Football (Facebook) & @aliffsyukriterlajaklaris (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pernah tak anda terjumpa atau melihat sendiri orang yang wajahnya mirip dengan anda?

Perkara itu pasti membuatkan anda teruja bukan? Iyalah, dalam ramai-ramai orang tak sangka pula boleh terjumpa wajah yang seiras dengan kita.

Situasi itu sama seperti salah seorang pemain bola sepak dari negara Turki yang gambar wajahnya tular di media sosial kerana mirip dengan pengasas produk kosmetik D’Herbs, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman.

Salih Ucan yang bermain di posisi tengah dan baru sahaja berpindah ke kelab Istanbul Basaksehir secara pinjaman dari Besiktas.

"Silaplah bagi Malaysia nampak, memang tak rileks dah. Hilang komen-komen orang Turki" - Netizen

Image via Astro Awani

Wajah Salih ini dikatakan terlalu mirip dengan Aliff Syukri, sehingga ramai netizen dari Malaysia meninggalkan komen di posting Facebook kelab Istanbul Basaksehir dan pemain tersebut.

Ada juga yang berseloroh mengatakan Aliff Syukri sudah bertukar kerjaya dan kini merupakan seorang pemain bola sepak profesional dengan tagline ‘Terlajak Gol’.

Sebagai rekod, sebelum ini wajah selebriti berkenaan turut disamakan oleh netizen dengan penjaga gol terbaharu Selangor, Sam Somerville sehingga menjadi heboh di media sosial mengenai perkara tersebut atas kuasa viral yang sama.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen di media sosial:

Apa pendapat korang? Rasa sama ke tak wajah diaorang berdua ini :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: