"Elakkan Pakai Kain Pelekat" - Individu Kongsi Tak Boleh Sesuka Hati Sarung Di Turkiye
Baru tahu!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tahukah anda, memakai kain pelekat ketika keluar berjalan di Turkiye dianggap sesuatu yang tidak sopan di negara berkenaan
Menerusi perkongsian @AmirulRuslam di X, dia menceritakan bagaimana budaya memakai kain pelekat masih lagi tidak diterima di sana.
Menurutnya, perkara ini disebabkan orang di sana menganggap seseorang lelaki yang memakai kain baru sahaja 'bersama' dengan isteri.
"Antara budaya kita jangan buat kerana janggal bagi mereka adalah lelaki perlu elak pakai kain pelekat ketika berada di luar atau di dalam rumah jika ada kawan Turkiye tinggal sekali.
"Benda ini disebabkan mereka akan menganggap anda baru selesai 'bersama' dengan isteri," tulisnya.
Image via image | professionals
Dimarahi seorang pak cik lokal disebabkan pakai kain pelekat ke masjid
Tambahnya lagi, kawannya pernah dimarahi oleh seorang pak cik lokal disebabkan memakai kain pelekat untuk solat Maghrib.
"Pernah kawan kami nak pergi masjid solat maghrib pakai kain pelekat, dah keluar 5 minit macam tu tiba-tiba balik rumah semula.
"Rupa-rupanya ada pak cik Turkiye marah dia pakai macam tu dekat luar rumah, lagi dia marah sebab pakai untuk pergi buat solat," tulisnya.
Image via @AmirulRuslam (X)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment