Empat 'Superman' Cuba Terbang Di LPT1 Tapi Gagal, Kini Ke Lokap Bersama-Sama
Difahamkan, kemalangan tersebut berlaku di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Ahad lalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Empat lelaki yang tular dalam sebuah video memaparkan aksi menunggang motosikal secara berbahaya sehingga kemalangan baru-baru ini telah ditahan polis
Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Polis, Mazlan Hassan berkata kesemua mereka yang berusia 19, 20, 22 dan 15 tahun itu ditahan di rumah masing-masing pada jam 4.42 petang semalam.
"Polis kemudian menahan keempat-empat suspek untuk membantu siasatan. Turut ditemui motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang digunakan.
"Semua penunggang turut dikesan mengalami kecederaan di bahagian tapak tangan, lutut, bahu, punggung dan kaki. Seorang lagi suspek masih dikesan," katanya.
Image via @anthraxxx781 (X)
Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Temerloh bertindak menjejaki suspek dan suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Temerloh
Tambahnya, pihak polis mula bertindak atas maklumat berdasarkan video tular yang berlaku di Jambatan Ahmad Shah, LPT1 dan BSPT IPD Temerloh bertindak menjejaki suspek.
Mereka dibawa ke Balai Polis Trafik Temerloh dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Rakaman tular yang berdurasi 28 saat itu memaparkan sekumpulan penunggang motosikal melakukan aksi merbahaya sehingga menyebabkan mereka sendiri kemalangan.
Insiden tersebut menyebabkan beberapa penunggang lain di belakang turut terjatuh semasa cuba mengelak rakan mereka yang sudah terbabas.
Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment