seismik

Tular Video Pengacara WHI Siang Ikan, Sugeeta Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Video yang telah tular di media sosial itu telah menerima pelbagai respon, termasuk kecaman daripada netizen.

Cover image via @Cool_Wannabe82 & Malaysian Beauty Pageant Fan Club (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sugeeta Chandran, pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI), menerima kecaman daripada segelintir netizen apabila video cabaran menyiang ikan itu tular di media sosial

Menerusi laporan Harian Metro, Sugeeta memberi reaksi mengatakan dia merupakan seorang vegetarian, tidak makan dan masak ikan.

Tambahnya ketika siaran langsung, pengacara dikehendaki melakukan cabaran dalam sebuah segmen tanpa diberitahu penerbit terlebih dahulu.

"Saya vegetarian, tak makan ikan, tak masak ikan dan pernah siang ikan pun sekali saja, itu pun manja-manja.

"Kalau pernah menonton rancangan WHI, akan ada segmen untuk pengacara dan kita pun tak tahu apa cabaran akan diberikan.

"Pada hari berkenaan, ada menu berasaskan ikan dan cabarannya menuntut saya dan Syira menyiang ikan.

"Saya pula duduk di rumah seorang saja dan kalau di rumah keluarga, emak beli ikan pun yang sudah siap siang maka menyiang bukan perkara yang saya biasa lakukan.

"Tapi sebagai pengacara kita lakukan saja cabaran diberi dan tak sangka pula akan tular kerana biasalah, bila siaran langsung ada yang menjadi, kadang tak reti buat," katanya.

Tidak cepat melatah dan memberi respon kerana enggan memperbesarkan lagi perkara tersebut

Menurutnya, dia tahu akan kecaman yang diterima susulan tularnya video segmen tersebut di media sosial namun dia tidak tertekan dan terlalu memikirkannya.

"Saya tiada TikTok dan Twitter, hanya IG saja dan tahu video itu tular pun selepas diberitahu rakan.

"Saya ada baca beberapa komen cuma yang kurang menyenangkan apabila ada mengaitkan wanita dengan menyiang ikan sedangkan ia bukan penentu wanita itu hebat atau tidak kerana ada dalam kalangan mereka dibantu ayah atau suami.

"Jadi bagi saya, jangan stereotaip kerana kalau tak tahu, boleh belajar dan jika ada kelemahan jangan burukkan mereka,"
katanya.

Lihat video tersebut di bawah:

Tak chill betul siapa yang kecam tu :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: