seismik

Catering Lesap, Pengantin Terpaksa Cari Ayam, Periuk, Meja, & Kerusi Malam Sebelum Majlis

Difahamkan, tempahan yang dibuat adalah untuk 1,000 orang tetamu.

Cover image via @najmudin.shukor (TikTok) & Burhanuddin Rabbani (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah keluarga terpaksa menyediakan makanan sendiri untuk majlis perkahwinan selepas katerer yang ditempah hilang dari radar

Menerusi perkongsian oleh seorang abang pengantin di Facebook, Burhanuddin Rabbani memohon maaf kepada pengunjung majlis tersebut akibat berlakunya satu insiden yang tak diduga.

Perkara itu dilakukan disebabkan katerer yang ditempah keluarga mereka tidak membalas panggilan sehinggalah sehari sebelum majlis membuatkan mereka mengambil keputusan untuk memasak hidangan sendiri.

"Last kami tunggu malam tadi sampai pukul 9 malam memang tak ada respon, so kami decide adik-beradik untuk masak sendiri. Hanya kemampuan kami untuk siapkan dalam anggaran 400pax makanan. Itupun sekadar lauk ayam gulai, sambal belacan, buah dan ulam-ulaman.

"Maka berpecahlah kami beberapa kumpulan semalam. Ada yang cari set meja dan kerusi, ada yang cari periuk-periuk besar, ada yang cari barang-barang untuk masak. Syukur semua Allah mudahkan.

"Malam tu juga kami susun meja kerusi mana yang dapat, malam tu jugak kami cuba dapatkan ayam. Basuh semua siap-siap. Blend bahan-bahan untuk masak gulai ayam. Esok lepas subuh kami terus masak ramai-ramai adik-beradik ipar duai. Syukur sebelum pukul 11 pagi semua dah siap hantar ke dewan," tulisnya pada hantaran tersebut.

Laporan polis sudah dilakukan selepas RM13,000 hilang bersama katerer tersebut

Tambahnya lagi, majlis itu dapat berlangsung dan dipermudahkan apabila ada yang datang menaja makanan seperti apam balik, popcorn dan kuih-muih.

Dia juga memberitahu bahawa laporan polis telah dibuat dengan harapan wang yang hilang bersama katerer itu dapat dikembalikan semula.

"Alhamdulillah. Harini semuanya berjalan dengan baik. Walaupun hanya ada satu lauk. Ada yang datang sponsor apam balik, popcorn, kuih muih. Semua datang dan buat dengan penuh kasih sayang.

"Allah Maha Kaya, sampai habis majlis lauk-lauk masih ada. Tak habis pon. Syukur semuanya cukup.

"Apa pun, report polis dah dibuat oleh pengantin. Semoga ada sinar untuk dapat semula RM13,000 yang dah lesap. Dia simpan duit untuk majlis kahwin bukan sebulan dua. Lama dia simpan, akhirnya kena tipu macam tu je," katanya di laman Facebook miliknya.

Lihat video-video keadaan majlis tersebut di bawah:

@najmudin.shukor Sebak. Sebab semua tak jangka kita bole handle. #abangsoya original sound - ABANG SOYAAA
@najmudin.shukor Belum cukup meriah. Ade part yg lagi meriah. Korang saba jap aku nak edit #abangsoya original sound - ABANG SOYAAA

Harap pihak pengantin dapat semula ganti rugi daripada catering tu. Apa-apa pun semangat keluarga ni memang sesuatu yang perlu kita tabik!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: