[VIDEO] Pelajar Lelaki Menjerit Kena Sakat Dengan Member Sebab Bawa Kucing Dalam Bilik
Buat hal lah member.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kucing sentiasa menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan kerana kecomelannya
Namun begitu, tidak semua dapat membelai dan menerima si comel ini disebabkan perasaan yang tidak senang apabila didekati kucing.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang pelajar lelaki disakat oleh seorang rakannya yang dilihat membawa masuk seekor anak kucing ke dalam bilik mereka.
Menerusi video hantaran @y4k22 itu, pelajar itu dilihat menjauhi anak kucing tersebut sehingga memanjat katil dan menjerit kepada rakannya supaya menjauhkan anak kucing itu darinya.
"Hanya orang yang takut kucing je faham fobianya bila kucing dekat" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 874.1K views, 74.7K likes dan 1.7K comments.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!