Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Encik Azizan Osman Kantoi Menipu Lagi? Kali Ini 'Claim' Dapat PhD Di Switzerland Pula

Jadi betullah ada PhD ni? #doneclaim

Cover image via Azizan Osman

Isu gelaran 'Doktor' yang disandang oleh Encik Azizan Osman ini bukanlah benda baru malah telah bertahun-tahun dipersoal

Image via blogspot.com

Sebelum ini, beliau pernah mendakwa dirinya merupakan seorang graduan dari Universiti Malaya dan Gordon University di Florida, Amerika Syarikat. Namun, kedua-dua universiti tersebut menafikan sekeras-kerasnya tentang perkara itu.

Sehingga sekarang, Encik Azizan masih belum berjaya membuktikan bahawa kelulusan PhD yang kononnya dimiliki olehnya itu disahkan tulen.

Dan Encik Azizan masih belum serik lagi

Semalam, Harian Metro menerbitkan artikel tentang Encik Azizan yang mengatakan gelaran doktor yang dimilikinya itu sah.

Artikel itu menjelaskan bahawa Encik Azizan menamatkan pengajian Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan (DBA) dari VU School of Management yang bertempat di Switzerland. Beliau juga dikatakan telah menerima skrol pada majlis graduasi di AsiaWorld-Expo Hong Kong baru-baru ini.

Lihat di bawah:

Image via Harian Metro / Facebook

Menerusi Facebook, Encik Azizan turut memuat naik video upacara graduasi tersebut yang menunjukkan bahawa beliau benar-benar manamatkan pengajian. Saksikan:

Persoalannya, adakah perkara tersebut benar?

Image via Azizan Osman

Seperti biasa, netizen dengan pantasnya cuba menggali tentang kesasihan dakwaan berkenaan. Maklumlah, Encik Azizan yang sebelum ini pernah terkantoi memalsukan gelaran PhD beliau mana mungkin berani untuk melakukan helah yang sama kali ini, bukan?

Sekurang-kurangnya itulah tanggapan netizen pada mulanya. Ramai yang sudah serik dengan pengakuan palsu demi pengakuan palsu yang dibuat oleh Encik Azizan selama ini dan masing-masing berharap agar perkara ini bertemu titik noktah jua akhirnya.

Malangnya, tanggapan netizen meleset selepas perkara sebenar terbongkar

Masih lagi mengikut skrip dan acuan yang sama, rupa-rupanya VU School of Management itu pun tidak pernah wujud. Seorang netizen Hanif Yahaya cuba mencari kesahihan tentang kewujudan universiti yang dimaksudkan itu menggunakan carian Google.

Namun hasil cariannya ternyata gagal dan tidak menemui apa-apa, dan tempat yang dicari itu hanyalah sebuah stesen bas. Baca perkongsian penuh di bawah:

Tahniah Azizan Osman kerana mendapat Doctorate in Business Administration (DBA) dari VU School of Management, Switzerland.

Setelah Universiti Malaysia menafikan memberi Ijazah PhD Kehormat, akhir nya beliau berjaya juga dapat PhD DBA ni.

Pada mulanya aku sangka ia adalah Victoria University di Melbourne, Australia. Rupanya bukan. Nama seakan-akan sama. DBA yang dia dapat adalah dari VU School of Management di Switzerland. Maklumlah, singkatan universiti ni sama iaitu VU.

Pergh, Switzerland beb.

Aku pun google university ni. Aku terkejut dengan hasil carian. Domain laman web nya adalah www(dot)vubs.(dot)ch. Perkara pertama dicari adalah dimana terletak lokasi universiti.

Ini adalah lokasi VU School of Management.

Image via Hanif Yahaya / Facebook

Dapat je alamat universiti tu, terus cari di Google Map dan Google Earth. Carian di google, Avenue adalah sebuah stesen bas. Kemudian aku click lah VU ni, dia tunjuk bangunan sebelah stesen bas.

Yang aku pelik adalah bangunan tiada papan tanda. Yang ada papan tanda direktori kecil di pintu masuk. Apa paling mengejutkan adalah tiada langsung VU ni. Yang ada hanyalah pejabat-pejabat seperti Neuchâtel Trade Center dan lain-lain. Ada sebuah pejabat kelihatan lambang VU tapi bila tengok baik-baik ia berbeza.

Aku pun cuba lah juga tengok bangunan bertentangan. Bangunan tu adalah IHTTI School of Hotel & Design Management. Bukan VU pun.

Ini adalah pandangan dari sudut atas lokasi VU School of Management.

Image via Hanif Yahaya / Facebook

Kecewa tak jumpa. Aku pun cubalah cari pula guna alamat di Republic of China. Ni lagi hampeh sebab tak jumpa langsung bangunan di cari. Semua dah cuba seperti google search, google map dan Google Earth.

Aduh, kecewa sebab tak jumpa.

Kalau korang ada jumpa, acu cuba tinggalkan komen hasil carian korang di ruang komen.

Inilah VU School of Management kalau ikut google. Cuma ada signboard kecik direktori je. Tak kelihatan lambang VU School of Managent pun. Cuma adalah satu lambang yang kelihatan seakan-akan sama tapi bukan bila diperhati betul-betul.

Image via Hanif Yahaya / Facebook

"Benda boleh tipu buat apa jujur." - Netizen

Ternyata ramai yang sudah cukup muak dengan pemalsuan gelaran PhD Encik Azizan Osman. Malah ada juga yang bertanya, jika benarlah beliau menamatkan pengajian di Switzerland, kenapa majlis graduasi diadakan di Hong Kong.

Ya tak ya juga, kan?

Baca lagi komen yang sempat kami screenshot:

Image via Harian Metro / Facebook

Image via Harian Metro / Facebook

Image via Azizan Osman

Seorang pensyarah di Universiti Malaya, Dr Saadan Man meluahkan rasa hairan tentang kenapa masih ada golongan yang mempercayai seseorang yang berkali-kali memalsukan PhD

Dr Saadan Man turut menyelar tindakan Harian Metro kerana menyiarkan artikel tersebut tanpa melakukan sebarang pemeriksaan latar belakang terhadap seseorang yang pernah dilanda pelbagai kontroversi.

Dr Saadan Man

Image via htcptraining.com

Tulisan Dr Saadan Man adalah seperti berikut:

Rupa-rupanya Harian Metro pun mudah sangat terpedaya dengan Azizan Osman. Sepatutnya wartawan dan editor HM lakukan homework dulu sebelum mengesahkan sesuatu dari pihak AO yg selama ini sarat dengan kontroversi PhD palsunya. Sah apanye.. VU School of Management tu fake university, degree mill. Sekali tengok domain name websitenya kita dah boleh tahu fake ke tidak.

HM patut amalkan kewartawanan beretika, bukan main ceduk dan angguk saja. Naif sangat kalau begini. Kritikallah sikit dengan orang yang dah ada latarbelakang kontroversi.

AO boleh cuba lagi, kali ni biarlah yg benar-benar ori. Muak sangat dah tengok kepalsuan PhDnya yg tak pernah menjadi.. kesian pun ada. Tak tahulah nak kata apa lagi pada orang yang berkali-kali kantoi PhD palsu tapi masih dipercayai oleh ramai pengikut.

Kali ni tak ada ke hackers budiman nak tolong hack website universiti bogus ni ke macam kes Cambridge International Univesity haritu?

Sama-sama kita banteras jenayah akademik.

Apa pula pendapat anda? Kongsikan kepada kami di ruangan komen!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini bukanlah kali pertama:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment