seismik

'Gordon University Tak Wujud!' - Lelaki Ini Bongkar Satu Persatu Info Ph.D Azizan Osman

Macam-macam terbongkar!

Cover image via SAYS

Viral baru-baru ini apabila status 'Doktor' yang dimiliki oleh mentor usahawan terkenal, Azizan Osman dilaporkan dari Universiti Malaya (UM) adalah palsu. Perkara itu diakui oleh pihak UM sendiri pada 29 September lalu.

Baca laporan penuh di SINI.

Nampaknya isu tersebut masih diperkatakan hingga ke hari ini dan disebabkan itu pihak Azizan Osman atau Richworks Group telah mengeluarkan kenyataan rasmi semalam

KENYATAAN RASMI
PENJELASAN MENGENAI KELAYAKAN DR. AZIZAN OSMAN

Kuala Lumpur, 6 Oktober 2016 - Kami kesal dengan kekeliruan dan kesulitan yang telah timbul berkaitan dengan status kelayakan Dr. Azizan Osman. Dr. Azizan Osman dan semua ahli Kumpulan Syarikat Richworks percaya dengan pendidikan seumur hidup dan pencapaian pengetahuan yang dikongsi dengan begitu bersemangat bersama rakyat Malaysia.

Memandangkan perkembangan baru-baru ini, kami ingin mengambil kesempatan untuk memperjelaskan kemusykilan yang telah timbul dan menyingkirkan apa-apa ketidakpastian.

Dr. Azizan Osman memegang kelulusan Doktor Sains (Metafizik) dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat sejak 2009.

Sepanjang 4 tahun yang lalu. Dr. Azizan telah memenuhi semua syarat-syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom. Konvokesyen beliau di Universiti Hertfordshire dijangka berlangsung dalam masa yang terdekat.

Berkenaan dengan Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Malaya, kami telah dimaklumkan bahawa Dr. Azizan Osman telah malangnya disasarkan dan diperdayakan oleh pihak-pihak yang bukan wakil universiti tersebut. Kami telah pun membuat laporan polis dan perkara ini sedang disiasat.

Semasa proses siasatan dalaman yang kami telah jalankan baru-baru ini, kami telah menjumpai beberapa kelemahan serius berkenaan prosedur-prosedur operasi kami. Malangnya, kelemahan ini telah menyebabkan penggunaan ijazah kedoktoran dari Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur dan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai rujukan kepada Dr. Azizan Osman yang tidak pernah beliau akui.

Sebagai sebuah organisasi, kami amat khuatir dengan keadaan serius ini dan kami telah pun melaksanakan satu pelan komprehensif untuk membetulkan situasi ini dengan kadar yang segera. Kami berkomited terhadap menegakkan integriti organisasi kami dan berdedikasi untuk meningkatkan prosedur kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami.

Pada masa ini, kami ingin menjelaskan bahawa profil media sosial Dr. Azizan Osman yang benar boleh didapati di Facebook www.facebook.com/azizanosmanofficialpage dan LinkedIn www.linkedin.com/in/drazizanosman. Laman web rasmi syarikat adalah www.richworks.com.my.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai akaun media sosial atau laman web yang berkaitan dengan Dr. Azizan Osman, sila hubungi kami di [email protected]

facebook.com

Bagaimanapun, setelah kenyataan rasmi itu dibuat, satu lagi perkara terbongkar apabila seorang individu membuktikan bahawa Gordon University adalah palsu dan scammer semata-mata

Seperti yang terdapat di dalam kenyataan rasmi pihaknya, dimaklumkan bahawa Azizan Osman memegang kelulusan Doktor Sains (Metafizik) dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat sejak 2009.

Namun, seorang pemuda bernama Luqmanul Hakim Abd Rahim menyifatkan Azizan Osman seorang penipu setelah berjaya membuktikan kepalsuan universiti tersebut di dalam satu post di laman Facebook.

Pada awal pembongkarannya itu, beliau terlebih dahulu mencabar Azizan Osman dan pihak Richworks untuk memaparkan nombor report / salinan report polis yang kononnya mereka telah membuat laporan polis terhadap Universiti Malaya.

"SILA BAGI KAMI NOMBOR REPORT ITU, SUPAYA KAMI SEMUA BOLEH BUAT REPORT BALAS UNTUK MEMBALAS REPORT ITU SEBAGAI REPORT PALSU. Dan kau orang duduk lah penjara 3 tahun sebab report palsu," katanya di dalam post tersebut.

Laman web rasmi Azizan Osman kini telah meletakkan kembali title "DR" di dalam biodata nya selepas mengakui bahawa beliau mempunyai Ph.D in Metaphysic dari Gordon University, Bradenton, Florida, USA.

Akan tetapi...logo universiti terbabit adalah sama dengan lagi sebuah universiti yang bernama Harris University

Bukan logo sahaja yang sama, malah alamat kedua-dua universiti ini juga SAMA!

Bahkan, website content pada Gordon University juga dikatakan sama seperti sebuah lagi universiti lain iaitu Crown University.

Menurut Luqmanul lagi, jika anda mencari pada website universiti berkenaan, tiada langsung fakulti "Metaphysic" seperti yang diperkatakan itu.

Tambahan pula, domain name untuk sesebuah universiti di USA akan berakhir dengan .EDU dan bukan .US.

facebook.com

Domain gordon-university-edu.US itu didaftarkan dan dicipta pada 12 September 2008. Ia didaftarkan oleh seseorang yang dikenali sebagai "C Regis" dan pendaftaran beralamat di :

1903 60th Place E.
Bradenton, Florida,
34203 United States.


Namun ternyata alamat itu, ialah sebuah warehouse (kilang) di Florida.

Di dalam kenyataan rasmi pihak Richworks, Azizan Osman tidak pernah mengakui bahawa beliau mempunyai Ph.D in Psychology dari UKM. Namun satu screenshot awal telah dibuat di dalam profile rasmi LinkedIN Azizan Osman suatu ketika dulu.

Isu menjadi semakin panas apabila akhirnya University of Hertfordshire mengesahkan bahawa tiada rekod mengenai pelajar bernama Azizan Osman yang dikatakan sedang menyiapkan Ph.D di universiti berkenaan seperti yang didakwa oleh Richworks

Terdapat beberapa individu berkongsi screenshot messenger dan komen dari universiti berkenaan yang mengesahkan kesahihan surat tersebut.

Baca status penuh beliau di SINI

Satu-persatu perkara telah terbongkar. Kami sendiri tidak tahu pihak mana yang benar dan salah. Semoga isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca berita awal isu tersebut di SINI:

Ini pula bidasan pedas seorang pensyarah UiTM buat Azizan Osman

You may be interested in: