Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Entah Apa Amalan Mereka" - Ustaz Kongsi Pengalaman Urus & Kafan 3 Jenazah Tersenyum Manis

Ketiga-tiga jenazah berkenaan diuruskan pada hari yang sama, namun berlainan latar belakang dan penyebab kematian mereka.

Kita sering kali dengar ramai yang mengharapkan diri untuk mati dalam keadaan husnul khatimah

Kematian husnul khatimah bermaksud kematian yang penyudahnya baik atau kesudahan yang terbaik dalam hidup kita.

Dalam erti kata lain, kematian tersebut adalah di dalam keredhaan Allah SWT dan kita juga redha dengan ketentuan Allah SWT itu.

Image via IKIM

Meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah memiliki tanda-tandanya. Di antara tanda-tanda itu ada yang hanya diketahui oleh orang yang akan meninggal, namun ada juga tanda-tanda yang boleh diketahui semua orang.

Baru-baru ini menerusi laman Facebook, seorang pendakwah bebas telah berkongsikan pengalamannya menguruskan tiga jenazah yang meninggal dunia dalam keadaan tersenyum manis

Dalam perkongsiannya, Muhammad Rafieudin Zainal Rasid menceritakan pengalamannya menguruskan tiga jenazah berkenaan pada hari yang sama, namun berlainan latar belakang dan penyebab kematian mereka.

Menariknya, Rafieudin mengatakan bahawa dia sendiri telah melihat ketiga-tiga jenazah yang diuruskan olehnya di Hospital Serdang tersenyum manis saat dikafankan.

Dia juga telah berkongsikan serba sedikit latar belakang dan punca kematian ketiga-tiga jenazah itu.

Image via Facebook Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

Kes pertama: Senyuman lebar ibarat melihat sesuatu yang indah

Kes kedua: Tersenyum manis dan dihadiri ramai orang

Kes ketiga: Wajah tenang dan ramai sahabat bergilir-gilir menguruskan jenazah

Mengakhiri perkongsiannya itu, Rafieudin berkata, dia berasa beruntung kerana dapat melihat sendiri wajah-wajah yang sangat dicemburui ramai itu

Selain mengharapkan roh ketiga-tiga jenazah terbabit ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, dia juga berdoa agar kita semua juga dikurniakan husnul khatimah apabila tiba masanya nanti.

Image via Facebook Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

Image via Facebook Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

Semoga perkongsian ini mencetuskan rasa keinsafan di samping dapat menambahkan keimanan dalam diri kita.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment