Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[FAKTA] Kenapa Rakyat Malaysia Memandu Di Sebelah Kiri Jalan? Ini Jawapannya!

Rupa-rupanya ada kaitan dengan dulu-dulu.

Cover image via Mstar Carsome

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika 65% negara memandu di sebelah kanan jalan, pernah tak anda terfikir mengapa sesetengah negara termasuk Malaysia memandu di sebelah kiri?

Image via Yusof Mat Isa/Malay Mail

Anda mungkin pernah terfikir, mungin sebab Malaysia pernah dijajah oleh British, oleh itu kita jadi terikut dengan peraturan sana. Sebenarnya, anda tak salah! 

Tetapi pernah tak anda terfikir kenapa UK menjadi salah satu negara pertama yang memandu di sebelah kiri sedangkan kebanyakan negara seperti Amerika Syarikat, China dan majoriti negara Eropah memandu si sebelah kanan?

Rupa-rupanya ada kaitan dengan sejarah kota Rom dahulu

Pada zaman dulu, sebelum adanya kereta dan jalan berturap, orang ramai menggunakan kuda sebagai pengangkutan pertama. 

Apabila menunggang kuda, kebanyakan orang menggunakan tangan kiri. Ia disebabkan apabila mereka menunggang kuda dengan tangan kiri, tangan kanan mereka boleh memegang pedang untuk melawan serangan musuh semasa peperangan. 

Perkara ini juga memudahkan kepada orang yang kidal untuk menunggang kuda di sebelah kiri. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Dailysia

Menjelang tahun 1700-an dan 1800-an, kereta kuda menjadi lebih popular di Britain dan AS

Disebabkan tiada tempat duduk yang sesuai, penunggang selalunya duduk di sebelah kiri dan menggunakan tangan kanan mereka untuk mengawal kuda.

Lama-kelamaan, lalu lintas yang dibina beralih ke kanan untuk membolehkan penunggang duduk lebih dekat ke tengah jalan dan mengelakkan perlanggaran antara satu sama lain.

Henry Ford yang menghasilkan kereta secara besar-besaran pada ketika itu menetapkan stereng di sebelah kiri yang turut mempengaruhi pemanduan sebelah kanan.

Namun begitu pada tahun 1773, Britain membuat undang-undang pemanduan sebelah kiri, manakala Perancis memilih sebaliknya.

Menurut Business Insider, komander tentera Perancis, Napolean merupakan kidal dan menunggang di sebelah kanan adalah salah satu taktik ketenteraannya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Horsey Hooves

Walaupun banyak negara beralih ke pemanduan belah kanan, undang-undang Britain kekal sehingga mempengaruhi tanah jajahan British pada masa itu

Oleh sebab itu, beberapa negara seperti Malaysia, Singapura, Thailand dan Australia masih memandu sebelah kiri sehingga hari ini. 

Peta di bawah menunjukkan arah jalan yang digunakan oleh setiap negara pada masa ini. Peta bertanda hijau merupakan pemanduan di sebelah kanan manakala oren di sebelah kiri. 

Image via World Standards

Ha, sekarang baru tahu kan kenapa kita memandu belah kiri jalan?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment