Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Fedtri Yahya Nasihat Mangsa Jangan Kongsi Di Media Sosial Jika Terkena Sihir, Ini Sebabnya

Hal ini untuk mengelakkan agar si penghantar daripada berasa sakit hati.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sihir merupakan perbuatan meminta pertolongan daripada jin dan syaitan bertujuan untuk memudaratkan orang lain

Hal ini kerana, perasaan hasad dan dengki kepada seseorang individu dan difahamkan, sehingga kini masih ada lagi yang mengamalkan perbuatan syirik itu.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok, memaparkan pengacara dan personaliti TV, Fedtri Yahya menasihati individu yang terkena sihir untuk tidak memuat naik perkembangan yang mereka alami di media sosial.

“Saya nak berkongsi ilmu yang dikongsikan oleh sahabat saya berkaitan sihir. Katanya, kalau anda terkena sihir, kalau boleh jangan canang kepada orang lain, jangan kita post di media sosial atau ‘update’ perkembangan.

“Sebab biasanya sihir ini diserang oleh orang yang kenal kita kerana ada kedengkian, cemburu ataupun sakit hati, termasuk orang yang rapat dengan kita,” jelasnya.

Image via Detikcom

"Moga kita terhindar dan selamat daripada kejahatan sihir" - Fedtri

"Sihir adalah mainan dan sahabat syaitan. Kita tak tahu siapa yang melihat kita dengan pandangan kedengkian dan hasad.

"Kalau kita canang kita makin baik, itu pasti tidak disenangi orang yang melakukan kerana matlamat mereka ialah untuk melihat kita jatuh atau lebih buruk adalah mati!

"Moga kita terhindar dan selamat daripada kejahatan sihir dan musuh yang terselindung," tulisnya di ruangan kapsyen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Realiti hidup, bukan semua orang suka lihat kita berjaya. Hati-hati!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment