seismik

Ruang Tamu Vila Mewah Wanita Ini Muat Simpan Koleksi Supercar Raih Perhatian Warganet

Besar betul ya rumah sampai supercar pun boleh parking dalam rumah.

Cover image via @haowaihw (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebanyakkan penghuni rumah mewah kurang gemar menunjukkan ruangan dalaman rumah mereka atas faktor privasi. Bagaimanapun, ada segelintir daripadanya yang berbesar hati untuk berkongsi menjadi tatapan orang ramai

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang jurugambar berpeluang berjumpa dengan seorang pemilik rumah vila mewah dan wanita itu sudi membawa jurugambar itu house tour mengelilingi rumahnya.

Apabila kaki melangkah masuk ke dalam rumah itu, penonton video itu dapat melihat ruang tamu terbentang luas dihiasi dengan lukisan seni diletakkan pada dinding.

Bayangkan, luas saiz ruang tamu vila mewah itu mampu memuatkan dua buah supercar diletakkan pada satu ruangan berhampiran ruang tamu.

Menurut wanita itu, kedua-dua supercar itu merupakan kereta kegemarannya dan ia merupakan satu permandangan menarik untuk dilihat semasa makan tengah hari dan makan malam.

“Ini McLaren Artura, berwarna Serpentine Green dan merupakan unit pertama berdaftar di Malaysia. Warnanya berubah mengikut pantulan cahaya matahari.

“Manakala di sebelahnya pula merupakan Aston Martin DB11. Sebuah kereta yang sangat selesa untuk digunakan setiap hari,” kata pemilik rumah vila tersebut.

Turut memiliki beberapa kereta lain seperti Lamborghini Urus, Porsche 911 dan Bentley

Semasa mengelilingi beberapa kawasan lain di dalam rumah, jurugambar itu mendapati terdapat sebuah kolam renang bersebelahan kawasan gim dalam rumah. Dalam gim itu pula mempunyai tangga dan lif untuk naik ke tingkat atas.

“Rumah ini ada lif kerana saya malas guna tangga,” kata pemilik vila itu.

Menurutnya, rumah itu mempunyai empat tingkat dan ada sebuah ruangan balkoni di tingkat paling atas sekali.

Di tingkat kedua mempunyai tangga berpusar menghubungi tingkat ketiga.

Tingkat itu dijadikan ruangan untuk beriadah, di mana terdapat beberapa mainan ada di situ. Antaranya bola keranjang mini, hoki ais mini, set lengkap snuker, set ping pong dan permainan arked.

Selain itu, pada tingkat itu juga mempunyai ruangan hiburan yang dijadikan bilik wayang dan bilik karoke.

Terdapat satu ruangan yang mempunyai mesin arked cakar besi atau lebih dikenali sebagai claw machine

Tetamu boleh bermain mesin arked claw machine serta boleh membawa pulang mainan yang mereka dapat.

Di dalam vila mewah itu juga mempunyai hiasan puluhan patung bearbrick pelbagai jenis saiz dan warna.

Lihat video penuh itu di bawah:

Supercar parking dalam rumah memang dah another level of kaya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: