seismik

[VIDEO] Pekerja Kedai Mamak Kantoi Basuh Pinggan Dalam Tong Sampah Buat Warganet Geli

Eee, jijiknya.

Cover image via elyasyusrizal (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kedai atau restoran mamak sering menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia

Baru-baru ini, tular sebuah video di platform X, memaparkan Pekerja itu dilihat sedang mencelup pinggan di dalam tong sampah di belakang sebuah premis di Bandar Botanik, Klang, Selangor.

Terkejut dengan tindakan itu, seorang pengguna platform X yang dikenali sebagai Elyas segera menegur pekerja tersebut.

"Kita ni dah lah selalu lepak mamak, sekali nampak benda macam ni depan mata nak muntah mat basuh pinggan celup-celup dalam tong sampah. Speechless. Nah, korang tengok lah sendiri, takdelah tekak aku sorang loya.

"By the way, aku tegur terus lepas tu,"
tulisnya di ruangan kapsyen.

Tong sampah hanya untuk rendam pinggan sahaja

"Staf tu boleh cakap, oh tong sampah tu untuk rendam saja. Berderau je darah aku. Kot ye beli lah besen besar ke apa.

"Aku taknak sebut nama kedai. Tapi mamak ni dekat bandar botanik, klang, corner lot. Siapa selalu lepak situ, tolong checkkan. If masih sama, please buat official report,"
katanya lagi.

"Sebelah office saya ni, memang kotor, hari tu nampak pekerja dia kencing dekat belakang lepastu lap dekat apron dia" - Netizen

Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 196K tontonan, 1.1K tanda suka dan 33 komen di platform X.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut merupakan antara komen daripada netizen di platform X:

Lihat video penuh itu di bawah:

Dalam banyak-banyak tempat boleh basuh pinggan, tong sampah juga menjadi pilihan hati.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: