seismik

Perbezaan Antara Dato', Datuk, Dato' Seri & Gelaran Lain Yang Ramai Tak Tahu

Pening juga ya nak kenal pasti satu per satu.

Cover image via Harian Metro & Parlimen Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahukah anda, ramai orang yang keliru mengenai cara penggunaan gelaran seperti Dato', Datuk, Dato' Seri dan sebagainya di Malaysia

Jadi, kami akan jelaskan secara terperinci tentang penggunaan Dato', Datuk, Dato' Seri dan sebagainya supaya anda tidak lagi keliru atau bingung mengenai gelaran tersebut.

Dato' dan Datuk: Ejaan manakah yang betul?

Untuk pengetahuan semua, ejaan 'Dato' dan 'Datuk' adalah betul dan umum digunakan di Malaysia. Tetapi yang membezakannya adalah penggunaannya yang bergantung kepada konteks dan pilihan peribadi.

Namun, perbezaannya juga bergantung bagaimana dan di mana gelaran tersebut digunakan serta tahap prestij yang dikaitkan dengan masing-masing.

Ini hanya dua daripada banyak gelaran kehormatan yang biasa digunakan di Malaysia.

Apakah yang dimaksudkan dengan gelaran kehormatan?

Gelaran kehormatan adalah bentuk pengiktirafan dan penghormatan yang diberikan kepada individu atas sumbangan, pencapaian atau perkhidmatannya kepada masyarakat.

Pertama sekali, yang perlu anda fahami adalah terdapat dua jenis gelaran kehormatan iaitu gelaran persekutuan dan gelaran negeri.

Gelaran persekutuan sering dianggap lebih tinggi daripada gelaran lain kerana dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

Individu yang menerima anugerah persekutuan diiktiraf atas sumbangan atau pencapaian mereka yang memberi kesan atau impak di seluruh negara.

Biasanya, gelaran negeri dianugerahkan oleh ketua negeri masing-masing, sama ada oleh sultan atau gabenor di negeri yang tidak mempunyai pemerintah seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak

Pengiktirafan gelaran ini lebih tertumpu secara tempatan, memberi tumpuan kepada sumbangan dan perkhidmatan dalam negeri yang khusus di mana, gelaran tersebut dianugerahkan.

Image via Harian Metro

Sekarang, mari kita melihat perbezaan di antara gelaran-gelaran yang sering membingungkan ini

Dato' vs Datuk

Walaupun kedua-dua sebutannya hampir sama, sebenarnya terdapat perbezaan.

Secara ringkasnya, gelaran 'Dato' dianugerahkan oleh salah satu daripada sembilan pemerintah negeri, manakala 'Datuk' diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong atau gabenor di negeri-negeri lain (kecuali Pulau Pinang yang hanya menggunakan 'Dato'), seperti yang dinyatakan dalam laman web Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari.

Dato' Lee Chong Wei

Image via leechongweiofficial (Facebook)

Dato' Seri vs Datuk Seri

Gelaran 'Dato' Seri' merupakan anugerah negeri tertinggi yang dianugerahkan oleh salah satu daripada sembilan pemerintah negeri.

Sementara itu, gelaran 'Datuk Seri' diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong atau gabenor.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Image via New Straits Times

Jadi, bagaimana dengan gelaran Dato Sri dan Dato' Seri, apa perbezaannya?

Jika kita bincangkan mengenai 'Dato' Sri' dan 'Dato' Seri', perbezaannya lebih kepada ejaan dan bergantung kepada negeri masing-masing.

Dato' Sri hanya dianugerahkan oleh Sultan Pahang, manakala pemerintah negeri-negeri lain memberikan gelaran Dato' Seri jadi tidak pernah ada gelaran Datuk Sri.

Bagaimana pula dengan gelaran Tun & Tan Sri?

Kedua-dua gelaran tersebut ialah gelaran persekutuan. Namun, gelaran 'Tun' dianggap sebagai anugerah paling berprestij di Malaysia. 

Tidak lebih daripada 35 pemegang gelaran 'Tun' yang masih hidup. Contohnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, gelaran 'Tan Sri' diletakkan setingkat di bawah 'Tun' dan berkongsi pangkat yang sama dengan gelaran negeri 'Dato' Sri' dan 'Dato' Seri'. Sebagai contoh, Michelle Yeoh pemenang Academy Award for Best Actress, dianugerahkan gelaran Tan Sri pada tahun 2013.

Tun Dr Mahathir Mohamad

Image via Sinar Harian

Tetapi, anda perlu berhati-hati kerana ada juga menggunakan gelaran Datuk yang palsu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: