seismik

Mekah Kini Menghijau 600% Dalam Masa 5 Bulan, Nabi Pernah Ingatkan Perkara Ini Dalam Hadis

Subhanallah.

Cover image via Radar Utara & Arab News

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pusat Pembangunan Penanaman Tumbuhan dan Menangani Kegersangan Gurun Kebangsaan mengumumkan peningkatan 600 peratus kawasan hijau di Makkah dalam tempoh lima bulan lalu

Menerusi laporan Arab News, difahamkan ia terjadi disebabkan musim hujan di negara itu dengan jumlah hujan mencecah 200 milimeter di beberapa kawasan di Makkah.

Analisis data penderiaan jauh angkasa mendedahkan bahawa jumlah keluasan kawasan hijau yang subur dilitupi tumbuh-tumbuhan di Makkah pada Ogos 2023 ialah 3,529.4 kilometer persegi.

Kemudiannya, meningkat secara berperingkat kepada 26,256km persegi menjelang akhir tahun 2023.

Menjelang Disember, 17.1 peratus wilayah itu telah diliputi tumbuh-tumbuhan. Ia tertumpu di kawasan pergunungan dan tanah tinggi selari dengan pantai Laut Merah, dengan ketinggian antara 500 hingga 2,600 meter, di Mekah, Taif, Al-Laith, Al-Jammoum, Al-Kamil dan Khalis.

Image via Jawlatt

Menggunakan teknik penderiaan jauh serta teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memantau perubahan dari semasa ke semasa

Pusat kerajaan Arab Saudi berkata sedang mengkaji status kawasan-kawasan hijau itu dengan menggunakan teknologi penderiaan jauh dan kecerdasan pintar (A.I).

Kajian itu termasuklah memantau perubahan dalam tapak projek penanaman hutan, menjejaki perubahan penutup tanah, mengira jumlah hujan dan kepadatan tumbuh-tumbuhan dan menilai kesihatan tumbuhan.

Difahamkan, penubuhan pusat itu adalah sebagai sebahagian daripada inisiatif Program Transformasi Negara yang direka untuk membantu matlamat kepelbagaian agenda pembangunan dan Visi 2030.


NABI MUHAMMAD SAW BERSABDA: “TIDAK AKAN TERJADINYA HARI KIAMAT SEHINGGA BUMI ARAB KEMBALI MENJADI KEBUN-KEBUN DAN SUNGAI-SUNGAI DAN SEHINGGA PENGEMBARA DALAM PERJALANAN DI ANTARA IRAQ DAN MAKKAH TIDAK MERASA TAKUT KECUALI TAKUT TERSESAT JALAN. DAN TERJADI BANYAK HARAJ.” MEREKA BERTANYA APAKAH HARAJ YA RASULULLAH? JAWAB BAGINDA; “PEMBUNUHAN.” (RIWAYAT AHMAD DAN MUSLIM)

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: