seismik

Nasi Goreng Kambing Masuk List 100 Makanan Paling Teruk Dunia & Tempat Kedua Asia Tenggara

Tak mungkin la rasanya teruk.

Cover image via tasteatlas (Instagram) & tasteatlas

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia selalu dianggap sebagai syurga makanan oleh pelancong luar bahkan oleh rakyat negara ini sendiri. Tidak kiralah ke mana sahaja kita mengembara, makanan Malaysia tetap menjadi pilihan hati. Betul tak?

Namun, tahukah anda ada satu juadah makanan Malaysia yang tersenarai dalam ‘100 makanan dinilai paling teruk di dunia’?

Menerusi perkongsian oleh TasteAtlas iaitu sebuah organisasi kandungan makanan menilai hidangan tradisional tempatan yang dibuat menggunakan nasi goreng dan daging kambing sebagai makanan ‘paling teruk’ di dunia.

Dalam senarai 100 makanan terburuk bagi tahun 2023, Nasi Goreng Kambing terselit pada nombor 48 dalam peringkat dunia dan bagi peringkat Asia Tenggara pula, ia dinobatkan sebagai makanan kedua terburuk.

Tidak pasti bagaimana carta ini dikeluarkan, tetapi kami percaya mungkin panel yang menilai tidak merasa Nasi Goreng Kambing yang benar-benar sedap.

Image via tasteatlas

Terdahulu, TasteAtlas menilai Roti Canai sebagai roti terbaik di dunia

Untuk senarai '100 makanan paling teruk di dunia', TasteAtlas mencatat jumlah sebanyak 396,447 penilaian, di mana sistem mengiktiraf 273,250 sebagai penilaian yang sah.

Nasi Goreng Kambing dari segi penilaian mendapat skor 2.6 daripada 5.

Hidangan paling teruk yang menduduki tempat teratas dalam senarai penilaian disandang oleh Amerika Syarikat dan Israel

Hákarl, hidangan kegemaran negara Iceland, menduduki tempat teratas dalam senarai, sementara Burger Ramen dari Amerika Syarikat, menduduki tempat kedua dan Yerushalmi Kugel dari Israel, menduduki tempat ketiga makanan paling teruk di dunia.

Image via tasteatlas

Tak sangka pula kan? Hmmm apa pendapat korang?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: