[VIDEO] Kereta Lowered Habis Tapi Yakin Lepas Bonggol, Sudahnya Bumper Terbarai
Terlalu yakin pun susah juga.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sudah menjadi satu kebiasaan buat para pencinta automotif untuk memodifikasi kenderaan yang dimiliki agar kelihatan lain daripada yang lain
Namun, sesetengah individu tidak berfikir bahawa tidak semua modifikasi (yang berlebih-lebihan) akan menyenangkan mereka tetapi akan lebih menyusahkan.
Baru-baru ini, tular sebuah video, memaparkan sebuah Perodua Bezza ‘lowered’ cuba masuk kawasan parkir berbayar dipercayai untuk menyertai satu acara pameran kereta.
Selalunya apabila kereta lowered melalui kawasan berbonggol, pasti pemandu akan menyengetkan kereta bagi memudahkan sedikit kereta itu untuk melepasi bonggol.
Bagaimanapun, pemandu Bezza tersebut nampak begitu yakin dengan memandu lurus terus ke bonggol.
Akibat terlalu yakin, bahagian tengah kereta itu tersangkut di atas bonggol dan kenderaan itu tidak boleh untuk bergerak ke hadapan atau mengundur ke belakang.
Krew yang berhampiran segera membantu dengan menolak kereta ke belakang sambil pemandu mengundurkan kereta.
Selepas kereta melepasi bonggol, apa yang terjadi adalah bahagian bumper hadapan tercabut serta-merta. Ah pulak dah!
"Aku tabik dia punya confident. Tak ada slow langsung, menonong saja" - Netizen
Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 653.3K tontonan, 2.5K tanda suka dan 214 komen di platform X.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.
Berikut merupakan antara komen daripada netizen di platform X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!