Khairul Aming Kongsi Cara Declare Bahan Masakan Untuk Elak Dirampas Imigresen Di Airport
Mana yang suka pergi melancong boleh lah guna tips ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Salah satu kebiasaan orang Malaysia apabila melancong ke luar negara adalah akan membawa makanan atau bahan-bahan masakan
Namun, agak susah untuk membawanya ke sesetengah negara seperti New Zealand atau Australia kerana negara-negara tersebut mempunyai kawalan imigresen yang sangat ketat.
Sebenarnya, ada cara untuk terlepas dari pemeriksaan imigresen sekiranya membawa bahan-bahan masakan terutamanya bagi negara-negara yang mempunyai sistem kawalan yang ketat.
Menerusi perkongsian Khairul Aming yang dimuat naik semula oleh @arfdy12 baru-baru ini, dia telah berkongsi tips ‘declare’ bahan masakan yang dibawa dari Malaysia dengan mudah di imigresen New Zealand.
Apa yang menariknya, segala barangan yang dibawa tidak dirampas selepas berbuat sedemikian.
Ikuti langkah-langkah berikut jika tak mahu makanan atau bahan masakan yang anda bawa dirampas
Pertama sekali, anda perlu mengambil gambar produk yang dibawa atau pun boleh ambil di Google.
Selepas itu, buat satu senarai dengan masukkan jenama, bahan dan kuantiti yang dibawa bagi setiap bahan masakan atau barang yang dibawa.
Akhir sekali, anda bolehlah print kompilasi bahan masakan yang dibawa dan berikan kepada kastam dan imigresen di negara yang dikunjungi.
Beliau mendedahkan bahawa pihak kastam dan imigresen yang berurusan turut tersenyum kerana kaedah ini tampil lebih mudah dan pantas untuk pemeriksaan.
“Imigresen dengan pegawai kastam sangat gembira. Mereka ucapkan terima kasih kerana buat senarai itu memudahkan kerja.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!