seismik

Wanita Beli Kereta Baru Belum 8 Jam Dah Rosak, Pengilang Kata Gula Punca Enjin Jahanam

Menurutnya, pihak Perodua sedang menyiasat kes tersebut dan menyarankan untuk membuat pinjaman baru.

Cover image via Nagakanni Subramaniam (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pembeli kereta Perodua Bezza, Nagakanni Subramaniam mendakwa kenderaan yang dibelinya rosak tidak sampai lapan jam selepas dibeli

Nagakanni meminta Perodua untuk menggantikan kereta Bezza tersebut dengan kereta baharu. Namun, menurutnya Perodua tidak dapat melakukan perkara tersebut atas alasan kerosakan enjin kereta itu terjadi kerana ada unsur asing dalam keretanya seperti gula.

Selepas mendengar penjelasan tersebut, dia menjadi keliru kerana dia langsung tidak membawa apa-apa makanan atau gula ke dalam keretanya dalam tempoh 8 jam tersebut. 

Dalam perkongsian di laman Facebook baru-baru ini, Nagakanni berkata, selain terpaksa membayar ansuran bulanan sebanyak RM537, pihak penjual hanya boleh memberikan kereta baharu jika dia membuat pinjaman semula.

Bagaimanapun, dia menolak saranan yang dibuat oleh jurujual terbabit kerana dia terpaksa menanggung hutang lama.

“Beli Perodua Bezza 1.3X, bayar bulan-bulan, tapi tak boleh guna kereta.

“Ini kisah saya tentang kereta Perodua Bezza yang saya beli. Beli 8 jam, terus rosak.

“Mohon rakan-rakan untuk share kisah ni supaya hak saya terbela," tulisnya.

Kronologi pembelian kereta Perodua Bezza milik Nagakanni

17 Oktober 2023:

“Saya beli kereta Bezza 1.3X dari Pusat Jualan Harapan Terang Motor Sdn Bhd Segamat pada pukul 11 pagi. 8 jam kemudian, pukul 7.40 malam, bila saya start enjin, kereta dah tak hidup.

18 Oktober 2023:

“Kereta saya di-tow ke Pusat Servis Perodua Segamat. Pomen di Pusat Servis bagitahu yang enjin kereta saya dah rosak.

“Saya telah request Perodua untuk ganti kereta baru. Saya diminta untuk menunggu keputusan dari HQ Perodua yang memerlukan waktu dua minggu hingga satu bulan.

9 November 2023:

“En Sufian Customer Sales Executive dari HQ Perodua call saya. Dia kata, menurut penyiasatan awal, enjin kereta saya rosak sebab ada benda asing seperti gula. Dia kata material tersebut tak digunakan oleh Perodua.

“Masalahnya, saya pun tak bawa apa-apa makanan atau gula dalam tempoh 8 jam tu, apatah lagi nak usik enjin.

15 November 2023:

“En Sufian kata saya kena buat loan baru dulu untuk kereta baru.

“Saya kata saya boleh buat hanya lepas dia settlekan loan lama saya dulu. Sebab sehingga hari ni, saya masih bayar loan kereta tu.

4 Disember 2023:

“Salesperson dari Pusat Jualan Harapan Terang minta dokumen dari saya untuk membuat pinjaman kedua. Saya tolak permintaan tu sebab pinjaman pertama saya masih belum selesai.

8 Disember 2023:

“Customer Service beritahu bahawa Final proposal belum dipersetujui, dan Perodua sedang selidik kesilapan dalaman. Atau kata lain, mereka belum boleh bagi black and white approval untuk tukar kereta saya dengan kereta baru.

02 Januari 2024:

“Masih belum ada apa-apa jawapan (secara black and white) daripada Perodua walaupun dah lebih 2 bulan. Tapi saya masih kena bayar loan setiap bulan.

“Saya harap sangat kawan-kawan Facebook dapat share posting ini supaya Perodua dapat selesaikan isu ini. Saya hanya lawan untuk pertahan hak saya.” jelasnya lagi.

Lihat posting itu di bawah:

SAYS sedang menghubungi pihak Perodua untuk mendapatkan kenyataan dari mereka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: