seismik

Malaysia Antara Negara Dengan Kadar Tarif Air Yang Terendah Di Asia

Difahamkan, kadar tarif yang dikenakan di negara jiran seperti Thailand dan Singapura dilihat lebih tinggi berbanding Malaysia.

Cover image via Elken Bio Pure & VOCKET

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahukah anda, Malaysia adalah antara negara yang mengenakan purata tarif terendah bagi setiap meter padu air berbanding negara lain di rantau ini

Menerusi laporan Berita Harian, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memaklumkan, Malaysia merupakan antara negara di Asia mengenakan purata tarif terendah bagi setiap meter padu air dengan RM1.22 bagi setiap meter padu air setakat tahun 2022.

Myanmar pula berada di tangga pertama dengan pengenaan tarif air sebanyak RM0.09, diikuti Brunei RM0.35 dan Indonesia di tempat ketiga dengan kadar RM1.15 bagi kuantiti yang sama.

Kadar tarif air di negara jiran lebih tinggi

Kadar tarif yang dikenakan di negara jiran antaranya seperti Thailand dan Singapura dilihat lebih tinggi berbanding negara ini.

Kadar RM1.37 semeter padu dikenakan di Vietnam, Thailand (RM1.68), Filipina (RM2.92) dan Singapura pula adalah sebanyak RM5.88 setiap meter padu air yang digunakan.

Image via Elken Bio Pure

Namun, ada juga negeri yang tarifnya tidak disemak lebih daripada 25 tahun

Menurut SPAN, tarif air bagi beberapa negeri seperti Pahang dan Perlis, kali terakhir disemak pada 1983 (39 tahun lalu) dan 1996 (26 tahun lalu).

SPAN berkata purata jumlah kos rawatan dan bekalan air di Semenanjung Malaysia dan Labuan pada 2020 ialah RM1.68 semeter padu, manakala purata tarif yang dikutip daripada pengguna lebih rendah, iaitu RM1.37 semeter padu pada tahun yang sama.

Jelas SPAN lagi, semakan tarif air adalah perlu bagi membolehkan pelaksanaan pembangunan infrastruktur dapat dibuat serta memastikan bekalan air dapat diatasi dan diselesaikan.

Malah, prestasi kewangan yang lemah boleh menjejaskan kepada perkhidmatan operator serta permintaan pengguna tidak dapat dipenuhi.

Sebagai rekod, SPAN merupakan badan pengawalselia kebangsaan bagi industri air dan pembentungan untuk Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: