seismik

“Kedai Makan Layan Diri” - Kena Bungkus Makanan Sendiri Sampai Bayar Tiada Pekerja Jaga

Difahamkan, pelanggan boleh memilih membuat bayaran secara harian, mingguan dan bulanan.

Cover image via @jejakawangi (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai tahu apabila berkunjung ke kedai makan, sudah tentu ada pekerja yang akan melayan pelanggan daripada mengambil pesanan sehingga membuat pembayaran

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok, seorang pemuda berkongsi tentang keunikan sebuah kedai makan yang terletak di Sierra 16 Puchong, Selangor.

Menurutnya, kedai makan tersebut dikatakan tidak mempunyai sebarang pekerja untuk melayan pelanggan.

Lebih menarik lagi, pemilik kedai makan juga tidak kelihatan berada di premis ketika dia melawat kedai tersebut.

Pelanggan tidak dibenarkan untuk menikmati hidangan di kedai itu, mereka hanya boleh membungkus lauk

“Yang paling uniknya semua dekat sini self-service. Sayalah yang ambil lauk, sayalah yang bungkus, sayalah yang kira, saya jugalah yang masuk duit dan ambil baki sendiri.

“Persoalan saya, diorang ni tak takut ke orang lain ambil kesempatan.

“Kedai makan paling berpatutan di sini. Lokasi di shoplot Sierra 16 Puchong, Selangor. Sebelah MBE Sierra 16.

“Nama kedai tak tahu. Tiada papan tanda, tiada nama kedai, tiada apa-apa! Tapi ramai juga orang,” tulis pemuda itu menerusi ruang kapsyen.

Boleh membuat pembayaran harian, mingguan atau bulanan

Menerusi video tersebut, turut dipaparkan senarai harga untuk setiap hidangan yang dipilih oleh pelanggan.

Keunikan kedai ini adalah pelanggan boleh membuat pembayaran harian, mingguan atau bulanan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@jejakawangi Kedai makan paling affordable kat sini! Lokasi di shoplot Sierra 16, Puchong, Slgr. Sebelah MBE Sierra 16. Nama kedai tatau. Takde signboard, takde nama kedai, takde apa2! Tapi ramai jgk org #fyp #foodie #foodtiktok #klfoodie #entrepreneur #businessowner Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) - yo suzuki(akisai)

Memang another level betul ya kedai makan ni!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: