seismik

Doktor Tegur & Dakwa Kubis Goreng Hangus Boleh Cetus Kanser, Ini Sebab Anda Kena Tahu!

Kalau ramai yang tak tahu, tolong ambil tahu. Penting!

Cover image via @dr1share (TikTok) & Wanderlust DJ

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mesti anda familiar dengan makanan ayam gepuk yang dihidangkan bersama kubis yang digoreng hingga hangus

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial apabila hidangan sampingan ayam gepuk iaitu kubis yang digoreng hampir hangus itu telah mendapat perhatian seorang doktor.

Seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Muhamad Hazwan telah menjelaskan kesan jika seseorang memakan hidangan kubis goreng.

Menerusi video tersebut, doktor itu menegur dan mendakwa kubis goreng yang dimasak sehingga hangus dan mempunyai warna kehitaman boleh menjadi punca seseorang mendapat penyakit kanser.

Bakar atau BBQ juga dikategorikan sebagai hangus

Secara ringkasnya, setiap kali makanan terbakar, ia akan mengalami tindak balas kimia yang dikenali sebagai Maillard Reaction dan menghasilkan sebatian kimia yang dikenali sebagai Acrylamide.

Ini berlaku apabila makanan tersebut mengandungi protein dan gula serta dimasak pada suhu tinggi.

“Hang goreng hangus ke, bakar ke, BBQ ke, asalkan hangus. Dia akan menghasilkan satu chemical compound yang dipanggil sebagai Acrylamide,” jelas Dr Hazwan.

Antara risiko kanser yang berkaitan termasuk kanser usus, kanser payudara, dan kanser pankreas.

Berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh The International Agency for Research on Cancer (IARC), Acrylamide ditempatkan dalam kategori 2A, yang bermaksud ia mungkin bersifat karsinogenik kepada manusia.

Walau bagaimanapun, data yang mencukupi masih kurang untuk menegaskan bahaya sebenar bahan dalam kategori 2A terhadap kesihatan manusia dan risiko kanser.

Image via Wanderlust DJ

Kanser boleh berlaku kerana banyak faktor yang lain

"Kanser tu bukan senang-senang boleh dapat. Bukannya makan kubis goreng sekali dah boleh terus kena kanser. Kalau macam tu makan roti bakar pun boleh kena kanser sebab ada kesan hitam pada roti," jelasnya lagi.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bahaya betul ya :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: