seismik

[VIDEO] UAI Jelaskan Apa Hukum Lelaki Bergurau Pegang Kemaluan Kawan-Kawan

Menurut UAI, nak bergurau boleh tetapi apabila dikaitkan dengan aib, ia akan menjadi haram.

Cover image via Sirap Limau & Tergini

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI tampil menjelaskan apa hukum apabila terdapat lelaki suka bergurau pegang kemaluan

Menerusi video yang tular baru-baru ini, beliau menegaskan hukumnya menjadi haram sekiranya terdapat dalil dan nas yang menunjukkan perbuatan tersebut tidak boleh dilakukan.

“Asal bagi semua perkara ialah boleh dahulu, tak bolehnya kemudian. Jadi dalam Islam, boleh makan angin, boleh bersukan, boleh berhibur, boleh menari, semuanya boleh, melainkan telah datang dalil yang menunjukkan tak boleh.


“Jadi maknanya benda yang boleh itu ada ‘perenggan’ di belakangnya. Makan boleh, minum boleh, berlebih-lebihan itu yang tak boleh,” jelasnya.

Hukum bergurau dibolehkan, namun menjadi haram sekiranya ia mengaibkan

Perkara ini termasuklah dengan perbuatan berseloroh dan bersenda gurau.

Jelas UAI lagi, memegang kemaluan orang lain meskipun dengan niat bergurau adalah sesuatu perkara yang mengaibkan maka hukumnya adalah haram.

UAI menjelaskan tentang perkara itu semasa dalam satu majlis ceramahnya selepas diajukan soalan mengenai hukum lelaki bergurau memegang kemaluan kawan.

Hukum ‘prank’ diharuskan sekiranya tidak mengundang aib seseorang

Tambahnya lagi, hukum melakukan prank adalah diharuskan namun sekiranya ia mengundang aib seseorang maka ianya adalah haram.

“Boleh prank, tapi bila yang tak boleh? Bila nampak aib orang, haram. Nampak aurat orang, haram, mengotorkan baju orang, haram,” katanya lagi.

Mesti ramai kan yang suka bergurau macam ni, haa lepas ni jangan buat dah tau.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: