Wanita Kongsi Video 'Jeritan’ Dari Tanah Kubur Ini Buat Ramai Meremang Bulu Roma
Difahamkan, kejadian itu berlaku di Tanah Perkuburan Islam Sungai Merab Luar, Kajang, Selangor.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita terkejut setelah mendengar satu suara bagaikan jeritan manusia ketika pulang daripada menziarahi kubur ibunya
Menerusi perkongsian video @najwanaajiah di TikTok, suara jeritan yang didengarinya itu bagaikan suara orang meminta tolong.
"Saya jadi gementar dan takut sepanjang perjalanan pulang ke rumah kerana teringat apa yang didengari itu," kata Najwa.
Menurutnya, suara itu didengari pada waktu petang dan menghampiri senja, malah ketika itu dia hendak pulang ke rumah selepas menziarahi pusara ibunya.
“Haritu ziarah kubur mak. Masa hendak balik, terdengar bunyi pelik ini. Korang tahu ke bunyi apa?,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.
Jeritan itu hanya kedengaran sayu, malah kakaknya juga mendengar suara itu
"Saya tidak berseorangan ke sana kerana bersama kakak serta anak kami.
"Ketika nak ke pagar kubur, saya dikejutkan dengan suara jeritan itu... ia tidaklah kuat... sayup saja.
"Bagi mendapat kepastian, saya tanya kakak dan dia juga dengar suara itu," katanya.
Menerusi laporan Harian Metro, Najwa berkata dia sempat merakam video suasana tanah perkuburan ketika mendengar suara berkenaan.
Ramai yang memberi pandangan setelah video itu dikongsikan di TikTok
Katanya, video itu dirakam untuk simpanan dan dikongsikan di TikTok baru-baru ini untuk melihat reaksi orang ramai selain pandangan mereka selepas menontonnya.
"Antara komen diterima adalah daripada mereka yang tinggal berdekatan tanah perkuburan, yang mengatakan pernah dengar suara seolah jeritan manusia, tak lama selepas jenazah dikebumikan.
"Ada juga yang tidak percaya dan kata mungkin betul apa saya dengar itu atau mungkin juga bukan suara manusia tapi haiwan.
"Terpulang kepada tafsiran mereka yang menonton, cuma secara peribadi, saya jadikan apa yang berlaku itu sebagai peringatan untuk lebih mengingati kematian," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!