Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Perbalahan Elvina Dan Fify Razak Adalah Satu Kes Buli Siber Yang Amat Serius. Ini Sebabnya

Don't mess with the Internet.

Cover image via SAYS via Instagram

Dua hari lalu, Elvina memuat naik status berang menerusi Instastory menceritakan perihal orang ke-3 yang didakwa cuba mengganggu rumahtangganya

Elvina dan suami.

Image via Instagram @elvinamohamad

Pelakon, Elvina Mohamad, 23, mendakwa seorang wanita yang dikenali sebagai FIfy Razak, 29, telah mengganggu suaminya, Datuk Haniff Borhan, 33, menggunakan taktik menjual insurans.

Menurut Elvina, Fify dan suaminya berurusan menerusi direct message di Instagram dan di situlah tercetusnya perbualan kurang menyenangkan di antara mereka berdua.

Image via Instagram @elvinamohamad

Image via Instagram @elvinamohamad

Fify yang terkejut dengan tuduhan tidak berasas itu cuba bercakap secara baik kepada Elvina dan menjelaskan bahawa dia sebenarnya telah salah faham

Image via Instagram @fifyrazak

Fify menjelaskan kepada Elvina bahawa hubungannya dengan Datuk Haniff hanyalah sekadar klien dan agen sahaja dan tidak lebih dari itu. Malah, Fify berkata Datuk Haniff yang menghubunginya terlebih dahulu untuk bertanyakan tentang insurans untuk anak mereka yang baru lahir.

Sebagai seorang agen insurans, adalah tugas Fify untuk melayan permintaan tersebut dan cuba untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan.

Fify tampil pertahankan diri dan maruahnya menerusi instastory sejak semalam. Menurutnya, dia telah difitnah dan tuduhan yang dibuat oleh Elvina itu tidak benar sama sekali.

Fify juga mengambil tindakan dengan melaporkan perkara ini kepada pihak polis dan mengupah peguam untuk membawa kes ini ke mahkamah atas tuduhan fitnah tanpa asal usul

Elvina bagaimanapun tidak berhenti di situ. Walaupun Fify telah menjelaskan segalanya secara baik, Elvina bertindak untuk marakkan lagi api yang sudah besar menyala.

Kali ini, Elvina mencabar Fify untuk tunjukkan segala bukti perbualannya bersama Datuk Haniff, yang didakwa mempunyai unsur 'menggatal'.

Elvina juga turut menggelar Fify sebagai perampas, hipokrit, dan penipu.

Image via Instagram @elvinamohamad

Image via Instagram @elvinamohamad

Image via Instagram @elvinamohamad

Elvina dan ramai netizen mendesak Fify untuk kongsikan screenshot perbualannya bersama Datuk Haniff tersebut.

Namun, Fify sebenarnya telah di-blocked dan perbualan itu terus lenyap.

Rentetan perbalahan di antara Elvina dan Fify, Datuk Haniff tampil beri penjelasan dan mengaku salah

Image via Instagram @elvinamohamad

Memetik laporan Harian Metro, Datuk Haniff berkata Elvina dan Fify tidak bersalah dan ia sebenarnya hanya salah faham. Kes ini tercetus kerana kesalahannya sendiri.

"Saya yang salah kerana tidak menerangkan betul-betul perkara yang berlaku. Selepas kes ini kecoh di media, saya ada menghubungi Fify untuk menjernihkan keadaan," katanya yang turut memujuk isteri.

Datuk Haniff turut mengakui pernah menghubungi Fify menerusi Instagram untuk berbincang mengenai skim insurans untuk anaknya, Karl Mateen

Namun, kes ini mula tercetus apabila Fify menghantar tanda 'Love' kepada gambar anaknya yang dikirim olehnya melalui direct message.

Pengguna Instagram pasti tahu bahawa tanda 'Love' itu sebenarnya hanya sekadar 'Like' sahaja, bukan tanda cinta. Betul?

Nak dijadikan cerita, Elvina masih lagi 'menambah garam kepada luka' walaupun suaminya telah memohon maaf

Elvina teruskan dengan perbuatan memuat naik cerita yang kurang enak tentang Fify yang dikongsi oleh netizen yang tidak mahu identiti mereka didedahkan.

Image via Instagram @elvinamohamad

Image via Instagram @elvinamohamad

Image via Instagram @elvinamohamad

Isunya sekarang ini, apa lagi yang Elvina mahu?

Elvina telah menyerang Fify secara terbuka di Instagram.

Fify telah pun cuba berbincang secara baik tentang salah faham yang timbul.

Datuk Haniff telah pun memohon maaf dan mengakui kesalahan.

Tapi Elvina masih tak puas hati.

Malam semalam, Fify sekali lagi terpaksa membuat laporan polis kerana tindakan Elvina itu dianggap sudah melampau

Image via Whatsapp Fify Razak

Fify dengan beraninya meminta Elvina dan Datuk Haniff untuk datang ke balai polis dan buktikan dirinya salah. Namun, Datuk Haniff tetap tidak muncul.

Di samping itu, Fify berkata jika benarlah dia 'menggatal' dengan Datuk Haniff, dia meminta Elvina tampil dengan screenshot perbualan tersebut dan serahkan bahan bukti yang kukuh kepada pihak polis. Jangan hanya tahu jadi 'keyboard warrior'.

Okay, tak kisahlah apa yang terjadi sekali pun, tetapi perkara ini merupakan satu kes buli siber yang amat serius.

Dan tidak keterlaluan jika saya kata Elvina sebenarnya yang mulakan pembulian ini ke atas Fify.

Kenapa saya kata begitu, di bawah saya senaraikan beberapa sebab:

Pertama: Elvina menuduh bahawa Fify menghantar tanda 'Love' kepada suaminya, Datuk Haniff menerusi direct message di Instagram, walhal yang sebenarnya tanda 'Love' itu ditujukan kepada gambar anak mereka, Karl Mateen yang dikirim oleh Datuk Haniff sendiri tanpa Fify minta. Lagi pun, tanda 'Love' itu hanya memberi makna 'Like', bukannya tanda cinta.

Kedua: Tanpa usul periksa, Elvina terus memuat naik status berang di Instastory sambil menuduh Fify menjadi orang ke-3 dalam rumah tangga mereka tanpa sebarang bukti, dan menjatuhkan air muka Fify dengan memuat naik gambar Fify beserta tag nama Fify. Sepatutnya, Elvina perlu menyiasat perkara ini lebih lanjut sebelum melakukan tindakan susulan.

Ketiga: Fify cuba bersikap profesional dengan menghantar direct message kepada Elvina untuk menjelaskan tentang salah faham yang berlaku di antara mereka berdua. Namun Elvina tidak mengendahkan perkara tersebut dan bertindak untuk terus menuduh Fify 'menggatal' dengan suaminya.

Image via Instagram

Keempat: Selepas perbualan mereka menemui jalan buntu, Fify terpaksa membuka akaun Instagram miliknya kepada public bagi mempertahankan diri dan maruahnya yang telah tercalar. Fify juga terpaksa memberi penjelasan panjang lebar menerusi Instastory untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Kelima: Elvina masih tidak boleh menerima penjelasan yang dibuat oleh Fify, lalu marakkan lagi salah faham mereka ke tahap yang lebih tinggi dengan memuat naik lagi status panjang lebar di Instagram. Kali ini, gelaran seperti perampas, hipokrit, dan penipu turut dilemparkan kepada Fify.

Keenam: Datuk Haniff tampil dan mengaku salah serta memohon maaf atas apa yang telah terjadi. Tetapi sehingga kini (ketika artikel ini ditulis), Elvina masih lagi berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan maaf berhubung perkara ini, walaupun dia sebenarnya yang memulakannya.

Ketujuh: Fify telah berdiam diri, Datuk Haniff telah memohon maaf, tetapi Elvina masih menjaja cerita yang kurang enak mengenai Fify.

"Jangan ingat awak artis, awak sentiasa betul," tulis Fify Razak

Image via Instagram @fifyrazak

Memang benar apa yang ditulis Fify ini.

Kadang-kadang, sesetengah individu yang bergelar selebriti berasa mereka adalah lebih superior daripada orang biasa. Hanya kerana populariti yang diraih dan bilangan followers di media sosial, serta kenalan 'orang besar' yang mereka ada, mereka cenderung untuk mengambil kesempatan dan berfikir bahawa mereka tidak perlu takut dan pasti akan terlepas sekiranya mereka melakukan kesalahan.

Of course
, bukan semua berperangai sebegitu. But you get the idea.

Dalam kes ini, Fify, seorang 'nobody' telah menjadi mangsa buli siber seorang 'somebody' iaitu artis dan juga isteri kepada seorang Datuk

Image via Instagram

Jika dilihat dari segi pengaruh, tentunya Fify akan kalah teruk dan Elvina akan menang besar. Siapalah Fify untuk melawan seorang datin yang terkenal.

Namun, perkara sebegini tidak boleh diteruskan. Buli siber harus dihentikan dan pembuli yang memulakannya perlu menerima hukuman setimpal, tidak kiralah sama ada dia itu orang biasa, artis, pelakon, penyanyi, influencer, datuk, datin, atau siapa-siapa sahaja. Yang salah tetap salah!

Mungkin apa yang telah terjadi itu di luar kawalan kita. Tetapi, kita tetap boleh mengawal emosi dan tingkah laku kita terhadap sesuatu kejadian.

Saya beri dua situasi paling simple yang dipetik daripada kes ini:

Situasi 1:

Fify benar-benar 'menggatal' dengan suami Elvina dan ternyata mereka berdua menjalinkan hubungan rahsia di belakang Elvina.

Pesalah: Fify dan Datuk Haniff

Tindakan: Elvina memuat naik status berang menceritakan Fify sebagai orang ke-3 dalam rumah tangganya, disertakan dengan gambar Fify dan tag nama Fify.

Keputusan: Walaupun Fify bersalah kerana merosakkan rumah tangga Elvina dan suami, Elvina tetap tidak berhak untuk membuli Fify di alam maya dan menjatuhkan air muka Fify kepada khalayak ramai. Tindakan Elvina tetap salah dan jelas sekali tergolong dalam kategori buli siber.

Image via newscientist.com

Situasi 2:

Elvina menuduh Fify 'menggatal' dengan suaminya, walhal mereka berdua sebenarnya tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung.

Pesalah: Elvina

Tindakan: Elvina memuat naik status berang mendakwa Fify sebagai orang ke-3 dalam rumah tangganya, disertakan dengan gambar Fify dan tag nama Fify.

Keputusan: Elvina tidak berhak untuk membuli Fify di alam maya dan menjatuhkan air muka Fify kepada khalayak ramai. Tindakannya itu tetap salah dan jelas sekali tergolong dalam kategori buli siber.

Kesimpulannya di sini, tidak kiralah apa yang terjadi dalam hidup, kita tidak berhak untuk memburukkan atau menjatuhkan air muka seseorang di media sosial sehingga memberi kesan kepada hidupnya

SAYS dimaklumkan bahawa Fify ketika ini sedang mengalami anxiety attack akibat perhatian dan cemuhan yang diterimanya sejak dua hari lalu. Dia tidak sama sekali menyangka perkara remeh ini (beri tanda 'Love' = 'Like' = double click) mampu mencetus satu salah faham besar sehingga melibatkan media.

Jelas sekali Fify telah menjadi mangsa buli siber yang sangat serius dan perkara ini tidak boleh dibiarkan. Fify memohon orang ramai untuk hentikan sebarang spekulasi palsu terhadap dirinya dan berhenti menyebarkan berita fitnah ini.

Image via Instagram @fifyrazak

"Saya sangat penat. Perkara sebegini tidak pernah berlaku dalam hidup saya. Ibu bapa dan ahli keluarga saya turut terkesan membaca laporan di media yang menuduh saya merobek kebahagiaan rumah tangga seseorang. Semua itu tidak benar dan tidak berasas.

"Pihak polis telah pun menjalankan siasatan dan menyuruh saya untuk tenangkan diri. Saya hanya mahu berehat sekarang. Drama ini terlalu berat untuk saya tanggung dan saya harap ia dapat diselesaikan secepat mungkin," kata Fify kepada SAYS.

So, stop cyberbullying!

Image via mediaan.com

Dalam kes ini, tidak ada salahnya Fify menjual insurans kepada seorang lelaki. Jika perkara itu juga salah, jelas sekali ia melanggar konsep equality yang sepatutnya diterapkan dalam setiap bidang pekerjaan.

Hanya kerana Fify seorang wanita, netizen tidak berhak menghukumnya menjadi perosak rumah tangga. Selama ini Fify menjalankan dua kerja siang malam setiap hari pun, tidak lain tidak bukan adalah untuk membantu menyara keluarganya. Itu sahaja.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum muat naik apa-apa, fikirlah dahulu ya:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment