Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Filem 'Abang Adik' Dipilih Sebagai Wakil Malaysia Ke Anugerah Akademi Oscar

Berita itu dikongsikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Filem Abang Adik dipilih mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa pada Anugerah Akademi ke-97 atau Oscar

Difahamkan, ia dijadualkan berlangsung pada Mac tahun depan. Berita gembira itu dikongsikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam satu kenyataan.

Menurut FINAS, pemilihan karya sulung arahan Jin Ong itu hasil beberapa siri penilaian Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) FINAS yang terdiri daripada barisan profesional dalam bidang perfileman dan pematuhan syarat-syarat penyertaan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Image via Wikipedia

"Filem terbitan More Entertainments Sdn. Bhd. ini merangkul 19 anugerah antarabangsa, sekali gus satu pencapaian yang membuktikan filem Malaysia mampu bersaing dan menyerlah di peringkat global.

"Antara pencapaian tertinggi adalah Anugerah Filem Terbaik, Festival Filem Asia New York (Uncaged Competition Ke-22) dan merangkul Golden Mulberry, Black Dragon Critics Award serta White Mulberry Award untuk Filem Cereka Terbaik di Far East Film Festival Ke-25 di Udine, Itali.

"Di peringkat tempatan, filem ini mencatatkan kemenangan di Malaysia Global Golden Awards (MGGA) 2024 dengan meraih trofi Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik," katanya.

Tambah FINAS, filem Abang Adik turut mencatat kejayaan luar biasa di China dengan kutipan pawagam mencecah RM2.2 juta setakat 30 September selepas ia mula ditayangkan bermula 21 September lalu.

Image via GSCinemas (YouTube)

Image via GSCinemas (YouTube)

Tidak hanya itu, filem ini telah mencipta fenomena pada tahun 2023 dengan kutipan pecah panggung sebanyak RM14.6 juta di Taiwan dan RM1.55 juta di Hong Kong.

Ini menjadikan ia filem Malaysia pertama yang mencatatkan rekod tayangan tertinggi. Pada tayangan di Malaysia pada Disember 2023 tahun lalu ia telah mencatat kutipan sebanyak RM5.7 juta, membuktikan sambutan yang memberangsangkan daripada penonton tempatan.

Untuk makluman anda, filem Abang Adik menceritakan kehidupan dua anak yatim piatu lakonan Jack Tan dan pelakon dari Taiwan, Wu Kang Ren.

Image via FINAS Malaysia (Facebook)

Image via FINAS Malaysia (Facebook)

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment