seismik

Pelajar Guna Design Vape Baru Bentuk Pen Marker & Gam, Ibu Bapa Disaran Pantau Anak-Anak

Bahaya design macam ini, susah nak beza.

Cover image via @health_malaysia (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang ini, rokok elektronik menjadi pilihan ramai berbanding dengan rokok tembakau

Rokok elektronik atau vape menggunakan pengewap (vaporizer) berkuasa bateri untuk menghasilkan aerosol daripada cecair yang berperisa khas yang disedut penggunanya.

Ia untuk mendapat rasa seakan menghisap rokok tanpa membakar sebarang tembakau. Kebiasaannya, vape ini menjadi pilihan ramai golongan muda. Malah, pelbagai bentuk dan corak mereka boleh dapati.

Namun, baru-baru ini tular apabila vape berbentuk pen marker dan gam yang menimbulkan kerisauan ramai.

Vape corak baru mengelirukan, minta ibu bapa dan guru berhati-hati

Menerusi posting yang telah dikongsi oleh @health_malaysia, kelihatan seorang individu telah berkongsi mesej di WhatsApp Group.

Individu berkenaan meminta orang ramai agar ibu bapa dan guru-guru berhati-hati dengan penjualan vape corak terbaru itu.

Jika dilihat sekali pandang, memang tidak perasan bahawa ia adalah vape kerana rupanya seakan-akan sama seperti pen marker dan juga gam.

Bahayanya, memang serupa betul corak dia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: