seismik

Keluarga Dakwa Ditegur Peniaga Buat Sewaan Khemah, Tak Bagi Bawa Tikar Untuk Berkelah

Dia bawa tikar nak duduk je pun.

Cover image via @drl_amn (X) & @update11111 (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berkelah di tepi pantai sememangnya aktiviti yang tenang dan menyeronokan

Selain dapat menghirup udara segar dan dapat melihat pemandangan laut yang indah, anda juga berpeluang untuk mandi atau melakukan pelbagai aktiviti pantai.

Kebiasaannya, pengunjung akan datang membawa tikar atau kerusi healing sambil duduk menikmati suasana.

Namun, lain pula yang dihadapi sebuah keluarga ini apabila mereka dilarang oleh peniaga sewaan khemah di sebuah pantai dek kerana membentang tikar di situ.

Peniaga sewaan tak bagi letak tikar, siap perli-perli

Menerusi akaun @drl_amn di laman X, dia berkongsi pengalaman ditegur ketika berada di sebuah pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menurutnya, ketika itu dia dan keluarga sedang duduk bersantai di pantai tersebut sambil membentangkan tikar.

Namun, datang seorang peniaga yang juga membuat sewaan khemah di situ telah menegur mereka dan melarang untuk meletakkan tikar di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, keluarganya tidak mengendahkan larangan peniaga berkenaan kerana merasakan ia tidak salah dan tidak mengganggu pengunjung lain. Malah, peniaga tersebut siap memerli keluarganya.

"Aku dengan family letak tikar depan khemah dorang. Ada brader yang jaga khemah cakap tak boleh letak tikar sini. Buat donno je. Dia perli-perli buat tak tahu je. Dia tak boleh buat apa pun," tulisnya.

Image via @drl_amn (X)

Lihat video di bawah:

Banyaknya khemah terpacak tu :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: