seismik

[VIDEO] Berang Ditegur Jangan Merokok, Pelanggan Bertindak Pecahkan Cawan Kedai

Tindakan pelanggan tersebut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Cover image via @update11111 (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Gara-gara tidak puas hati ditegur kerana merokok di premis kedai makan, seorang pelanggan bertindak di luar kawalan

Menerusi kamera litar tertutup (CCTV), difahamkan seorang pelanggan telah mengamuk selepas dia berang ditegur oleh pekerja di sebuah kedai makan.

Kejadian itu berlaku kerana pelanggan berkenaan telah menghisap rokok di dalam kedai dan kemudiannya dia ditegur pekerja untuk tidak merokok di situ.

Tindakan pelanggan tersebut telah dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai makan.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah kedai makan yang terletak di Taman Seremban Jaya, Seremban dekat Negeri Sembilan.

Sementara itu, ramai meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada individu tersebut atas kelakuannya.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: